◉ HEADLINES

Istana Pahang buat laporan polis, gesa siasat Muhyiddin

Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat

2:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Istana Pahang membuat satu laporan polis terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan kenyataannya ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang didakwa menyentuh isu 3R (agama, raja dan kaum).

Setiausaha Sulit Tengku Mahkota Pahang, Amir Syaffiq Hamzah berkata, laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan kira-kira jam 10 malam semalam.

“Laporan tersebut dibuat selepas menonton satu rakaman video menerusi aplikasi YouTube yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun ketika berada di Istana Abdulaziz, pada Jumaat.

“Kenyataan Muhyiddin sangat bahaya kerana ia secara terang-terangan menghasut rakyat agar hilang kepercayaan kepada institusi Raja-Raja Melayu dan memecahbelahkan rakyat.

“Ia juga bersifat fitnah dan menghasut selain menyentuh isu 3R. Malah, kenyataan tersebut jelas menjejaskan nama baik Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Disebabkan itu saya tampil membuat laporan bagi membolehkan tindakan adil, tegas dan tanpa kompromi dikenakan ke atas Muhyiddin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amir Syaffiq menjelaskan, dalam rakaman tersebut, Muhyiddin didakwa menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah, tidak menjemputnya ke Istana Negara untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, walaupun beliau mendakwa mendapat sokongan 115 Ahli Parlimen.

“Jadi, kenyataan ini adalah bersifat sinis, memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat bahawa Al-Sultan Abdullah (sebagai Agong pada ketika itu) seolah-olah tidak berlaku adil semasa memilih Perdana Menteri sedangkan pelantikan dibuat dengan teliti serta mengikut Perlembagaan,” katanya.

Terdahulu, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kemurkaan dan terkilan atas tindakan Muhyiddin yang secara sengaja dan sinis mempertikaikan tugas dan peranan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sewaktu baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Tengku Hasanal bertitah, sebagai seorang bekas Perdana Menteri dan ahli politik veteran, kenyataan Muhyiddin itu telah memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat bahawa Al-Sultan Abdullah seolah-olah tidak berlaku adil semasa memilih Perdana Menteri ke-10.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini berkata, Muhyiddin akan dipanggil untuk memberi keterangan pada Selasa ini berhubung ucapannya yang didakwa menyentuh isu 3R ketika berkempen bagi PRK Nenggiri baru-baru ini.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya sudah menerima 29 laporan daripada pelbagai pihak berhubung perkara itu. – 19 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Inside the Bandar Utama school tragedy: a timeline of the shocking fatal stabbing

A look at the events surrounding the stabbing of a 16-year-old student, with ongoing investigations into the suspect's motives and the role of online violence

Penang Sukma rugby player dies after collapsing during training in Kulim

A 21-year-old Penang Sukma rugby player died after collapsing during a training session in Kulim, with police classifying the case as a sudden death pending further investigations and a post-mortem examination

◉ Related