◉ HEADLINES

Hubungan dengan Umno dan BN di tahap sangat baik: PM

Malah Perdana Menteri berkata, masih ada ruang untuk berbincang secara baik untuk masa depan

12:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hubungan kerjasama antara Kerajaan Perpaduan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) berada di tahap yang sangat baik, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah Perdana Menteri berkata, masih ada ruang untuk berbincang secara baik untuk masa depan.

“Hubungan kita dengan Umno dan BN masih di tahap sangat baik dan di peringkat ini kerjasama sangat memuaskan. Untuk masa depan kita masih buka ruang untuk berbincang secara baik,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk Al Aqsa dan Palestin sempena Sambutan Hari Masjid Sedunia 2024 di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini.

Anwar mengulas mengenai ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024 mengenai langkah-langkah untuk Umno kembali menjadi parti dominan.

Zahid menyenaraikan empat perkara untuk menjadi dominan iaitu dari segi bilangan kerusi, kedudukan perundingan sekiranya keadaan memerlukan perkongsian, dalam aspek ideologi perjuangan iaitu mempertahankan keindukan Islam dan Melayu/Bumiputera serta dominan dalam menawarkan dasar-dasar awam yang menjamin kesejahteraan hidup rakyat dan kemakmuran negara.

Menurut Zahid, ia bukannya satu keangkuhan sebaliknya pendirian tegas bagi memastikan Umno terus kekal relevan. – 25 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

◉ Related