◉ HEADLINES

SAR mangsa tanah jerlus akan diteruskan sehingga ditemui: KP Dang Wangi

9:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) setakat ini tidak menetapkan sejauh mana pencarian akan diteruskan bagi mengesan seorang wanita warga India, yang hilang dalam kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Dang Wangi, Sulizmie Affendy Sulaiman berkata sehingga kini pasukan penyelamat juga akan meneruskan SAR sehingga mangsa ditemui.

“Setakat ini, kita tidak tetapkan sejauh mana akan meneruskan pencarian ini. Kita akan teruskan operasi sehingga mangsa dijumpai.

“Menerusi keterangan saksi yang merupakan adik mangsa, apabila mangsa jatuh, memang adik dia tak nampak langsung (mangsa terus hilang selepas terjatuh),” katanya pada sidang media bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.

Beliau memaklumkan seramai 104 anggota terlibat dalam operasi SAR melibatkan pelbagai agensi dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Indah Water Konsortium (IWK).

Memasuki hari ketiga operasi SAR, mangsa, Vijayalechumy, 48, yang merupakan pelancong dari India masih lagi belum ditemui selepas terjatuh ke dalam tanah jerlus pada kedalaman lapan meter di Jalan Masjid India, pada Jumaat lalu.

Pasukan penyelamat hanya menjumpai selipar mangsa dan setakat ini masih belum terdapat sebarang petunjuk baharu berhubung insiden berkenaan. – 25 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related