◉ HEADLINES

Tanah jerlus Masjid India: Teknik ‘jetting’ digunakan kesan objek tersekat, kata polis

Ketua Polis Dang Wangi, Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, proses itu dijalankan bagi menembak dan membersihkan serpihan yang berada di lurang kumbahan tersebut

10:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kejadian tanah mendap di Jalan Masjid India, di sini, diteruskan pada hari keempat dengan menggunakan kaedah ‘jetting’ atau semburan air tekanan tinggi di lurang kumbahan berhampiran Wisma Yakin.

Ketua Polis Dang Wangi, Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, proses itu dijalankan bagi menembak dan membersihkan serpihan yang berada di lurang kumbahan tersebut.

“Setakat ini kita tumpu di lurang kumbahan Wisma Yakin, sebab malam tadi hingga awal pagi, guna camera crawler bergerak ke pembentungan di Wisma Yakin dalam jarak empat meter, kita nampak serpihan objek batu yang keras.

“Dengan menggunakan teknik jetting untuk pecahkan serpihan objek, supaya ia turun ke bawah. Apa jua objek termasuk badan manusia akan lepasi objek ini.

“Buat masa ini, kita telah melakukan empat kali kaedah jetting dan kami akan teruskan sehingga sisa batuan ini berjaya dipecahkan sepenuhnya,’’katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Indah Water Konsortium (IWK) Narendran Maniam serta Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Rozihan Anwar Mamat.

Tambah beliau, teknik ‘flushing’ bagi membersihkan kawasan yang tersekat juga dijalankan sejak Ahad dan ia masih diteruskan sehingga kini melibatkan 10 lurang kumbahan.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini masih tiada sebarang petunjuk.

Operasi SAR hari ini memasuki hari keempat bagi mengesan seorang wanita warganegara India, Vijaya Lakshmi, 48, yang tertimbus tanah jerlus sedalam lapan meter di hadapan Malayan Mansion, Jalan Masjid India pada jam 8.22 pagi.

Sementara itu, Sulizmie memberitahu, pihak SAR turut menempatkan 100 kampit beg pasir di kawasan berhampiran bagi mengelakkan air hujan atau apa-apa air masuk ke lokasi.

Ditanya sehingga bila operasi itu akan dijalankan, beliau memaklumkan, ia akan diteruskan sehingga mangsa ditemui. – 26 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Inside the Bandar Utama school tragedy: a timeline of the shocking fatal stabbing

A look at the events surrounding the stabbing of a 16-year-old student, with ongoing investigations into the suspect's motives and the role of online violence

No fiscal burden: Post-maternity allowance to support working mothers with no cost to employers: Perkeso

Perkeso says new scheme eases living costs and boosts female workforce participation

◉ Related