◉ HEADLINES

Tiada keperluan isytihar kawasan Masjid India zon tidak selamat: KPN

Beliau ditanya mengenainya memandangkan berlaku mendapan tanah kedua di Jalan Masjid India

1:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan untuk menggazetkan kawasan Masjid India sebagai zon tidak selamat kerana apa yang berlaku tidak dikategorikan sebagai bencana, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Menurutnya, pengisytiharan sesuatu kawasan itu selamat atau tidak, perlu mendapatkan kebenaran khas daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Tak perlu lagi, kalau nak gazet zon tidak selamat kena isytihar zon bencana, kena dapatkan daripada MKN.

“Walaupun kawasan itu bukan bencana namun tindakan polis, Jabatan Bomba, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Rela, IWK Konsortium dan Angkatan Pertahanan Awam melakukan tugas dengan bersungguh-sungguh,’’ katanya pada sidang media pada majlis serah terima tuga Ketua Polis Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di Kota Bharu hari ini.

Beliau ditanya sama ada polis akan mengisytihar kawasan berkenaan sebagai zon tidak selamat memandangkan berlaku mendapan tanah kedua di Jalan Masjid India.

Kejadian tanah mendap kedua itu dikesan kira-kira 50 meter dari lokasi tanah jerlus di Jalan Masjidn India, susulan hujan lebat dan ribut pada malam semalam.

Jalan Masjid India terpaksa ditutup sejak Jumaat lalu susulan kejadian pelancong warga India, Vijaya Lakshmi yang terjatuh ke dalam tanah jerlus ketika sedang berjalan dari arah Selangor Mansion menuju ke Wisma Yakin. – Gambar Muharram Kasim, 29 Ogos, 2024

Mengulas lanjut, Razarudin berkata, arahan kepada Ketua Polis Kuala Lumpur dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi bahawa lima lurang pembentungan antara Jalan Masjid India hingga Jalan Raja Laut akan ditutup.

“Laluan itu sahaja (ditutup). Tidak arahkan mana-mana kedai ditutup,’’ katanya.

Jalan Masjid India terpaksa ditutup sejak Jumaat lalu susulan kejadian pelancong warga India, Vijaya Lakshmi yang terjatuh ke dalam tanah jerlus ketika sedang berjalan dari arah Selangor Mansion menuju ke Wisma Yakin. – 29 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

Jakim, Islamic affairs get RM2 bil under Budget 2025

This includes maintenance for educational infrastructure under dept, increased Kafa teacher quota, rehabilitation for GISB kids

◉ Related