◉ HEADLINES

Polis teruskan pemantauan dan rondaan berkala di lokasi tanah jerlus

Meskipun SAR di Jalan Masjid India sudah dihentikan namun polis masih menjalankan pemeriksaan berkala di kawasan berkenaan dan sekitarnya

9:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis akan terus melaksanakan pemantauan dan rondaan secara berkala di lokasi kejadian insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan dan memasuki fasa search and recovery semalam

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Sulizmie Affendy Sulaiman berkata ia bagi memastikan keselamatan orang awam di sekitar kawasan berkenaan terjaga.

“Hal baik pulih saya rasa biar pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengeluarkan kenyataan manakala pihak polis pula lebih kepada keselamatan orang ramai dan pemantauan serta rondaan secara berkala,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Sulizmie Affendy Sulaiman berkata ia bagi memastikan keselamatan orang awam di sekitar kawasan berkenaan terjaga. – GambarMuharram Kasim, 1 September, 2024

Beliau yang mengulas hasil perbincangan diadakan dengan DBKL hari ini turut menasihati orang ramai supaya tidak terlalu menghampiri lokasi kejadian. 

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa mengumumkan SAR dihentikan selepas sembilan hari dimulakan, sejak hari pertama seorang wanita warga India G. Vijaya Lakshmi, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus itu, 23 Ogos lepas.

Dr Zaliha dilapor berkata operasi itu kini memasuki fasa ‘search and recovery’ (mencari dan pemulihan) selepas mengambil kira pandangan pakar dan keputusan Kabinet. 

Operasi SAR melibatkan lokasi utama sekitar Jalan Masjid India dan loji kumbahan di Pantai Dalam membabitkan 194 individu termasuk anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, DBKL, Angkatan Pertahanan Awam, Indah Water Konsortium, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia serta Polis Diraja Malaysia. – 1 September, 2024

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Penjawat awam kerja dari rumah tiga kali seminggu, syarat daftar SPOT-Me setiap sejam

Tempat bekerja pegawai semasa BDR ialah di rumah yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) sahaja

◉ Related