◉ HEADLINES

Terima atau tolak MoU peruntukan pembangkang, Hamzah umum minggu depan

Perbincangan sudah dilakukan di peringkat kepimpinan Perikatan Nasional (PN) berhubung perkara itu pada Isnin lalu

3:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin akan memaklumkan keputusan sama ada menerima draf Memorandum Persefahaman (MoU) Mengenai Peruntukan Pembangkang yang dikemukakan kerajaan minggu depan.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perbincangan sudah dilakukan di peringkat kepimpinan Perikatan Nasional (PN) berhubung perkara itu pada Isnin lalu.

Beliau yang juga Pengerusi PN Pahang bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkait keputusan itu.

“Ketua Pembangkang (Hamzah) akan keluar kenyataan berkait perkara itu minggu depan,” katanya ringkas kepada Scoop hari ini.

Sementara itu Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan turut mengesahkan bahawa Hamzah akan membuat kenyataan berhubung perkara itu.

Beliau bagaimana turut enggan mengulas lanjut keputusan itu berikutan ‘gag order’ oleh pucuk pimpinan.

Sebelum ini, PN dilapor mendedahkan beberapa syarat didakwa dikenakan Kerajaan Perpaduan yang perlu dipenuhi ahli Parlimen pembangkang bagi membolehkan mereka mendapat peruntukan sebagaimana dituntut.

Takiyuddin berkata, menyatakan sokongan kepada kerajaan hingga pembubaran Parlimen menjadi antara tujuh syarat ditetapkan di bawah draf MoU itu.

Katanya, turut menjadi syarat ditetapkan kerajaan Perpaduan termasuk pengisytiharan harta dan perkara berkaitan bangsa, agama dan raja (3R).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata, isu agihan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang tidak seharusnya menjadi isu rumit untuk diselesaikan.

Beliau berkata, ia memandangkan syarat ditetapkan kepada mana-mana ahli Parlimen pembangkang yang mahu memperoleh peruntukan adalah syarat asas dan proses biasa dalam mana-mana rundingan dan amalan demokrasi. – 11 September, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

◉ Related