◉ HEADLINES

Gesaan ‘kahwin bukan Islam untuk undi’ hanya gurauan, kata DHPP

Ketua Penerangan DHPP Selangor, Poobalan PannirSelvam T mendakwa Preakas hanya membangkitkan isu itu semata-mata untuk menjayakan agenda politiknya

5:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Kemuning, Preakas Sampunathan disifatkan sebagai seorang yang serius dan tidak tahu membezakan gurauan dalam isu saranan perkahwinan campur oleh Pemuda PAS sebelum ini.

Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Selangor, Poobalan PannirSelvam T mendakwa Preakas hanya membangkitkan isu itu semata-mata untuk menjayakan agenda politiknya.

“Mereka ini (ahli politik Kerajaan Perpaduan) sengaja mahu mencari isu untuk ‘menerkam’ PN (Perikatan Nasional), walaupun perkara yang diperkatakan itu (perkahwinan campur) adalah gurauan semata-mata.

“Seperti kita tahu dalam mana-mana perkahwinan termasuk perkahwinan silang budaya dan kaum ini.

“Kedua-dua pihak mesti bersetuju dan kalau sudah bersetuju (untuk kahwin campur), saya merasakan ia adalah keputusan peribadi orang tersebut.

“Kami tahu sokongan daripada masyarakat kaum India di Selangor terhadap Kerajaan Perpaduan sedikit sebanyak sudah makin merosot dan mereka sengaja mencari isu untuk dijadikan mainan politik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Preakas mengecam cadangan Setiausaha Pemuda PAS Selangor, Aubidullah Fahim Ibrahim dalam Muktamar PAS, baru-baru ini, yang mengatakan ahli-ahli parti itu perlu mengahwini wanita bukan Melayu untuk mendapatkan lebih banyak undi.

Preakas dalam reaksinya menganggap kenyataan itu sebagai ‘tidak masuk akal, cetek dan tidak bermaruah’.

Malah, Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden turut memberi maklum balas mengatakan kenyataan itu hanyalah pandangan seorang perwakilan dan tidak harus diambil serius oleh mana-mana pihak.

Selain itu Poobalan berkata, sekiranya Preakas begitu prihatin terhadap masyarakat India, beliau seharusnya terlebih dahulu menyelesaikan isu berkaitan 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketua Komuniti Kaum India yang dimenangi PN sebelum ini.

“Kesemua 22 kerusi DUN ini telah pun memilih penyelaras mereka dan telah mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri.

“Jadi tolong selesaikan isu ini agar mereka turut sama memperoleh inisiatif dan faedah yang dilakukan kerajaan Selangor dalam l membantu komuniti India di negeri ini,” katanya. – 14 September, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Sin Sze Si Ya Temple Pioneers of Kuala Lumpur Museum: a journey through history

If you are a local or a tourist looking for a starting point when visiting Kuala Lumpur, the Sin Sze Si Ya Pioneers of Kuala Lumpur Museum should be your first stop to understand the growth, development and community dynamics in this city.

◉ Related