◉ HEADLINES

MP pembangkang bantu ikut mampu ‘pastikan rakyat tak balik tangan kosong’, kata Shahidan

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kasim berkata, keputusan dibuat oleh PN itu memberi isyarat kepada kerajaan bahawa rakyat akan bangkit menuntut hak mereka pada pilihan raya umum (PRU) akan datang

12:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen pembangkang akan berkhidmat kepada rakyat mengikut kemampuan yang ada susulan keputusan sebulat suara menolak draf Memorandum Persefahaman (MoU) daripada kerajaan berkaitan dengan peruntukan kepada mereka.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kasim berkata, ahli Parlimen pembangkang akan berusaha untuk memastikan kebajikan rakyat di kawasan tetap terjaga biarpun tiada peruntukan diberikan oleh kerajaan.

Beliau turut menyokong keputusan Perikatan Nasional (PN) yang secara konsensus membuat ketetapan menolak draf MoU itu.

“Ahli-ahli Parlimen pembangkang hanya akan berkhidmat kepada rakyat mengikut kemampuan yang ada.

“Kita akan usaha jika ada yang datang nak minta makanan dan sebagainya… kita akan pastikan mereka balik bukan tangan kosong,” katanya kepada media di Muktamar Tahunan PAS hari ini.

Terdahulu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keputusan sebulat suara menolak MoU itu dibuat berdasarkan empat sebab utama.

Beliau berkata, syarat MoU itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan; bertentangan nilai budaya, moral dan agama; boleh disalah tafsir dan salah guna kuasa serta mengongkong kebebasan.

“Kami telah menerima dua set draf cadangan MoU daripada kerajaan berkaitan dengan peruntukan, iaitu di antara Kerajaan Malaysia dan parti PN serta di antara Kerajaan Malaysia dengan kesemua Ahli Parlimen PN.

“Bagaimanapun, kami membuat ketetapan menolaknya kerana beberapa syarat yang dikenakan dalam MoU ini dikhuatiri boleh menjejaskan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Draf MoU tersebut turut mengandungi syarat-syarat yang dilihat bertentangan dengan nilai tradisi, budaya, moral, agama serta nilai-nilai tempatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Selain itu Shahidan berkata, keputusan dibuat oleh PN itu memberi isyarat kepada kerajaan bahawa rakyat akan bangkit menuntut hak mereka pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Rakyat akan menilai kerajaan sebagai pemerintah yang gagal dan itu merupakan sesuatu yang sangat memalukan.

“Saya nak tahu, apakah MoU ini untuk kami ahli-ahli parlimen pembangkang, tapi ahli parlimen kerajaan ada sign (tandatangan) apa-apa tak?.

“Sebab cara yang ditulis ni seolah-olah satu perkara baharu dan yang keduanya melanggar Perlembagaan Persekutuan yang perlu kita hormat,” katanya -15 September, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Sin Sze Si Ya Temple Pioneers of Kuala Lumpur Museum: a journey through history

If you are a local or a tourist looking for a starting point when visiting Kuala Lumpur, the Sin Sze Si Ya Pioneers of Kuala Lumpur Museum should be your first stop to understand the growth, development and community dynamics in this city.

◉ Related