◉ HEADLINES

Keluarga mahu saman netizen, selebriti timbulkan kecaman terhadap ‘Abang Bas’

Ia termasuk tindakan undang-undang ke atas netizen dan selebriti yang didakwa menimbulkan kecaman dan syak wasangka terhadap pemuda berusia 24 tahun itu sepanjang ditahan polis

3:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Keluarga ‘Abang Bas’ berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap individu termasuk netizen dan selebriti yang didakwa menimbulkan kecaman dan syak wasangka terhadap pemuda itu sepanjang ditahan polis.

Peguam yang mewakilinya secara probono (khidmat guaman percuma), Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar bagaimanapun berkata, mereka masih boleh membuat permohonan maaf kepada Abang Bas dan keluarganya jika tidak mahu tindakan diambil.

“Semuanya bergantung kepada subjek ahli keluarganya sebab selama ini pelbagai kecaman dibuat di media sosial terhadap Abang Bas.

“Sudah tentu kita sudah mengenal pasti mereka… keluarga mengarahkan mereka (netizen) disaman.

“Pecahlah mana-mana tabung yang ada, kira siap-siap jadi senang nak kira nanti. Selama ditahan, dia dikecam tanpa belas ihsan,” katanya.

Terdahulu, Abang Bas yang berusia 24 tahun itu dibebaskan selepas membayar wang ikat jamin RM40,000 di Kompleks Mahkamah Muar, pagi ini.

Sebelum ini, pemandu bas sekolah itu ditahan di Pusat Koreksional Muar sejak 10 September lalu selepas gagal membayar wang jaminan.

Keseluruhan jumlah ikat jamin dikenakan itu membabitkan tiga pertuduhan antaranya mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKKSTKK) 2017, Seksyen 15 (a) (iii) akta sama dan Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Meskipun dibebaskan dengan ikat jamin, namun lelaki itu terikat dengan syarat tambahan ditetapkan oleh mahkamah iaitu perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap awal bulan, selain tidak boleh mengganggu atau berkomunikasi dengan mangsa atau saksi pendakwaan.

Dia juga perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Pada 5 September lepas, seorang pengguna media sosial X berkongsi tangkap layar hantaran TikTok milik seorang pemandu bas sekolah yang merujuk seorang murid perempuan sebagai crush dan ‘kesayangan’. 

Susulan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri mengarahkan pegawai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) untuk membuat laporan polis terhadap pemandu bas berkenaan.

Pada 6 September, polis menahan pemandu bas itu yang masih bujang.  – 17 September, 2024

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

South Africa World Cup midfielder Jayden Adams dies aged 25

South African police said an investigation had been opened after the body of a 25-year-old man found at a house in Schotschekloof, central Cape Town, on Saturday morning. The cause of death has not been confirmed

Virandeep Singh makes history as first Malaysian named for IPL 2026 Auction

National all-rounder Virandeep Singh has become the first Malaysian cricketer to be included in the Indian Premier League (IPL) player auction, a milestone hailed by the Malaysian Cricket Association as a breakthrough for the sport in the country

◉ Related