◉ HEADLINES

SPRM tak siasat GISB, ‘tiada unsur rasuah’

SPRM tidak masuk campur dalam siasatan GISB dan menyerahkannya kepada polis kerana ia mengandungi unsur jenayah, bukan rasuah

1:30 PM MYT

 

PUTRAJAYA — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak campur tangan dalam siasatan melibatkan organisasi Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB) kerana tidak wujud unsur rasuah.

Justeru, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya menyerahkan siasatan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Yang ini (kes GISB) kita (SPRM) serahkan kepada pihak polis kerana saya tak nampak isu rasuah.

“Jadi pihak polis menjalankan siasatan tanpa campur tangan daripada SPRM,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini.

Pada 11 September lalu, seramai 402 kanak-kanak berjaya diselamatkan hasil serbuan ke atas 20 rumah amal kendalian GISB di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan menerusi Op Global.

Susulan itu, seramai 171 suspek berusia 17 hingga 64 tahun termasuk seorang guru dan penjaga asrama, direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes eksploitasi kanak-kanak.

Siasatan mendapati modus operandi dilakukan di rumah amal itu dengan mengajar dan mendidik mangsa cara meliwat dan diliwat penjaga.

Malah, mereka turut dipaksa melakukan perbuatan tersebut kepada penghuni lain. – 18 September, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related