◉ HEADLINES

Tiada perbincangan lanjut MoU, ‘orang dah tolak, takkan nak pinang lagi’: Fadillah

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, walaupun tidak dipersetujui, kerajaan akan terus memberi bantuan termasuk projek yang sudah direncanakan untuk rakyat

3:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak berhasrat mengadakan perbincangan lanjut mengenai draf Memorandum Persefaham (MoU) peruntukan pembangkang kerana sudah ditolak pihak berkenaan tanpa maklum balas.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, walaupun tidak dipersetujui, kerajaan akan terus memberi bantuan termasuk projek yang sudah direncanakan untuk rakyat.

“Sama ada MoU itu ada atau tidak, Kerajaan Perpaduan tetap tidak meminggirkan mana-mana pihak, tak kira di kawasan pihak kerajaan atau pembangkang.

“Kerajaan Madani ini konsepnya inklusiviti, ihsan, kita kena ada kesaksamaan, itu konsep Madani, kita kena memberi kepada semua.

“Jadi sama ada ada MoU atau tak, program dan projek tetap berjalan, rakyat tetap dapat manfaat,” katanya kepada media selepas Majlis Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 di Johor Bahru hari ini.

Fadillah berkata, pihaknya menghormati keputusan pembangkang menolak draf MoU berkenaan.

“Itulah kedudukannya, apa pun tak perlulah kita nak ulas lagi. Bukan kata tidak ada persefahaman, kita sudah beri (draf MoU), kalau mereka dah tolak, kita nak buat apa lagi.

“Apa nak kaji lagi, orang sudah tolak. Kalau kita dah pinang, tiba-tiba kena tolak, takkan nak pinang lagi, malu saya,” katanya.

Terdahulu Perikatan Nasional (PN) memutuskan tidak akan mengemukakan sebarang cadangan baharu berkaitan draf MoU mengenai peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang, kata pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden Bersatu itu juga sekali lagi menegaskan mereka tetap dengan keputusan menolak MoU peruntukan berkenaan yang disifatkan bertentangan dengan perlembagaan dan sifat murni rakyat Malaysia. – 21 September, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

◉ Related