◉ HEADLINES

‘Kaitkan GISB dengan pegawai kanan polis berniat jahat’: KPN

Ia merupakan satu fitnah terhadap pasukan polis yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab melalui akaun palsu

4:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dakwaan yang mengaitkan pegawai kanan dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kegiatan melindungi GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) adalah tidak benar dan berniat jahat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menafikan dakwaan tersebut berkata, ia merupakan satu fitnah terhadap pasukan polis yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab melalui akaun palsu.

“Kita tahu ini adalah akaun palsu yang mencipta fitnah berkenaan, dan dakwaan melibatkan pegawai polis dengan GISB adalah tidak benar,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok menamakan beberapa pegawai kanan PDRM yang didakwa melindungi dan menerima wang daripada syarikat itu untuk kegunaan peribadi.

Pada 11 September lepas, polis mula mengadakan Op Global yang menyaksikan serbuan terhadap 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan dikaitkan dengan GISBH. Syarikat tersebut didakwa terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban.

Fasa keempat Op Global yang dijalankan di seluruh Semenanjung Malaysia semalam turut menemukan beberapa risalah yang mengandungi elemen bercanggah dengan ajaran agama Islam serta barang khurafat. – 22 September, 2024

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Police bust RM13.34m marijuana syndicate, seize 166kg of cannabis buds in KLIA, Sepang raids

A series of coordinated raids at KLIA Terminal 1 and Kota Warisan led to the arrest of five suspects and the seizure of 166.2kg of marijuana buds believed to have been destined for the European market

◉ Related