◉ HEADLINES

Abdul Hadi dakwa bekas ahli khianat baiah PAS ibarat ‘sampah politik hanyut’

Tujuannya tidak lain hanyalah untuk mendapatkan kuasa dan pangkat semata-mata, kata Abdul Hadi

7:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan bekas ahli yang tidak setia kepada baiah parti kini diibaratkan ‘sampah politik yang hanyut’.

Beliau mendakwa, tujuan mereka tidak lain hanyalah untuk mendapatkan kuasa dan pangkat semata-mata.

“Mereka laksana kera yang memilih pokok yang berbuah demi mengisi perut dan nafsunya. Namun begitu, dia menuduh semua ahli PAS sepertinya.

“Ramai kalangan yang berpendapat bahawa parti PAS sama sahaja dengan parti-parti lain yang menganut pelbagai ideologi, bersifat oportunis dan pragmatik sehingga boleh bekerjasama dan berpeluk dengan sesiapa sahaja, serta berpisah dengan mudah sewenang-wenangnya.

“Tujuannya tidak lain hanyalah untuk mendapatkan kuasa dan pangkat semata-mata. Inilah kenyataan oleh kalangan yang pernah bersama PAS, kemudian meninggalkannya lalu mendedahkan isi hatinya yang sebenar.

“Begitu juga anggapan makhluk asing yang jauh daripada PAS. Akhirnya, kalangan yang meninggalkan PAS menjadi sampah politik yang hanyut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, ahli-ahli PAS yang setia, percaya dan beriman kepada baiah.

“Mereka yang berbaiah kepada PAS, tetap setia sebelum adanya undang-undang lompat parti. Hanya segelintir sahaja yang khianat terhadap baiah” katanya.

Tambah Hadi, PAS tidak pernah rugi dalam semua kerjasama dengan pihak lain. Sehingga kini, PAS menjadi parti dengan kerusi terbanyak di Parlimen dan banyak negeri yang diperintah olehnya.

“Daripada kalangan kumpulan Melayu Islam seperti Umno dan Parti Negara dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, serta Semangat 46 yang berideologi kanan dan kiri, sehinggalah parti seperti PKR yang pragmatik dan cacamarba, bahkan termasuklah bukan Islam paling ekstrem seperti DAP.

“PAS bekerjasama dalam titik persamaan, namun tetap berpegang kepada prinsip perjuangan dan matlamat Islamnya.

“Maka, PAS tetap menjadi idaman semua pihak yang memujuknya untuk ditumpang kekuatannya,” katanya. – 24 Oktober, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related