◉ HEADLINES

PLKN 3.0 dilaksana Januari 2025

Adly Zahari berkata program rintis ini melibatkan kira-kira 500 peserta di dua kem tentera di Kuala Lumpur dan Pahang sebelum diperluaskan ke 13 kem di seluruh negara dengan pelaksanaan penuh pada 2026

6:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari tahun hadapan, yang akan turut melibatkan penyertaan pelajar berusia 16 tahun.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata program rintis melibatkan kira-kira 500 peserta di dua kem tentera di Kuala Lumpur dan Pahang sebelum diperluaskan ke 13 kem di seluruh negara menerusi pelaksanaan penuh pada 2026.

“Pada tahun hadapan, kerajaan memperuntukkan RM50 juta untuk memulakan PLKN 3.0. Kalau ikut perancangan awal (bermula) pertengahan 2025 tetapi terdapat keperluan untuk dilaksanakan lebih awal.

“Kita tumpukan di dua kem untuk dijadikan projek perintis PLKN 3.0 sebelum dilaksanakan secara lebih besar pada Jun tahun hadapan,” katanya kepada pemberita di Hutan Percha di Alor Gajah, Melaka selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Jiwa Murni Peringkat Melaka.

Jumlah peserta PLKN 3.0 kemudiannya akan ditambah pada pengambilan Jun dengan menyasarkan peserta berusia 16 tahun hingga 35 tahun dalam kalangan pelajar tingkatan empat, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Oktober tahun lalu, kerajaan memaklumkan PLKN 3.0 akan dilaksanakan semula namun akan mengikut modul latihan berbeza berbanding sebelum ini.

Menteri Pertahanan pada ketika itu, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, program berkenaan akan dijalankan di 13 kem Rejimen Askar Wataniah serta Pusat Latihan Polis (Pulapol) di seluruh negara.

Untuk rekod, PLKN diperkenalkan pada 2004 melibatkan pemilihan rawak belia berumur 18 tahun untuk program wajib tiga bulan.

Ia telah dihentikan pada 2015 namun diperkenalkan semula pada tahun berikutnya sebelum dibatalkan kembali pada Ogos 2018. – 26 Oktober, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related