◉ HEADLINES

Kartel perolehan baja bernilai RM1.8 bilion: eksekutif pemasaran direman 4 hari

Pemberian kontrak RM60 juta itu disyaki diberi secara rundingan terus, dipercayai atas arahan tertinggi pertubuhan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah atas alasan pembelian darurat

5:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang eksekutif pemasaran sebuah syarikat ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes kartel dalam pengagihan dan perbekalan kontrak baja padi di sebuah pertubuhan, bernilai RM1.8 bilion.

Majistret Irza Zulaikha mengeluarkan perintah itu sehingga Sabtu ini selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Menurut sumber, lelaki berusia 30-an itu ditahan bagi membantu siasatan ketika memberikan keterangan di ibu pejabat SPRM di Cyberjaya, petang semalam.

“Hasil siasatan awal mendapati syarikat tersebut merupakan sebuah syarikat yang tidak aktif di Malaysia sejak lapan tahun lalu.

“Bagaimanapun, syarikat induknya merupakan sebuah syarikat berpengkalan di negara jiran Singapura. Syarikat terbabit juga dikatakan telah menerima kontrak pembekalan baja berjumlah 15,000 tan atau lebih kurang RM60 juta pada tahun 2022,” katanya, lapor Buletin TV3.

Pemberian kontrak RM60 juta itu disyaki diberi secara rundingan terus, dipercayai atas arahan tertinggi pertubuhan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah atas alasan pembelian darurat.

“Bagaimana kontrak bernilai RM60 juta ini boleh diberikan atas nama syarikat yang telah tidak aktif sejak lapan tahun lalu amat mencurigakan.

“Begitu juga keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa atas nama pembelian kecemasan,” katanya.

Semalam, Scoop melaporkan SPRM memulakan siasatan terhadap kewujudan kartel dalam pengagihan dan pembekalan kontrak baja padi di sebuah pertubuhan di bawah kawalan sebuah kementerian yang dianggarkan bernilai RM1.8 bilion.

Menurut sumber, siasatan SPRM itu menjurus kepada kesalahan rasuah dalam perolehan baja atau bahan mentah daripada syarikat-syarikat terpilih. – 30 Oktober,2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

◉ Related