◉ HEADLINES

Vivy dan suami sambung proses rakam keterangan, selepas hampir 9 jam di SPRM semalam

Mereka tiba kira-kira 12.54 tengah hari dan ini adalah hari kedua pasangan itu merakamkan percakapan

1:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR –  Pasangan pengasas bersama platform e-dagang, FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzarudin Shah Anuar hari ini menyambung proses merakam keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

Mereka tiba kira-kira 12.54 tengah hari dan ini adalah hari kedua pasangan itu merakamkan percakapan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Semalam, Vivy dan Fadzarudin mengambil masa selama kira-kira sembilan jam di SPRM mulai 2.30 petang sehingga 10.30 malam.

Sumber sebelum ini memberitahu Scoop, pihak SPRM akan menyambung soalan mengenai dokumen-dokumen yang diambil dari pejabat FashionValet sebelum ini.

“(Ia) untuk sambung tanya lagi pasal dokumen-dokumen yang diambil hari itu,’’ katanya ringkas.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Kementerian Kewangan baru-baru ini mendedahkan Khazanah dan PNB entiti menjual pegangan RM47 juta hanya untuk RM3.1 juta, sekali gus mencetuskan kemarahan ramai kerana ia melibatkan dana awam.

Menurut Kementerian Kewangan, penjualan tersebut merupakan langkah keluar yang bertanggungjawab oleh Khazanah dan PNB daripada FashionValet kepada pelabur strategik.

“Jumlah kerugian daripada penjualan saham FashionValet adalah amat kecil berbanding keseluruhan pendapatan yang dijana oleh Khazanah dan PNB pada tahun berkaitan,” menurut kementerian itu.

Pada Isnin, SPRM telah mengambil beberapa dokumen berkaitan pelaburan dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) di beberapa lokasi.

Difahamkan, ia dilakukan serentak di Kementerian Kewangan (MOF), Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan ibu pejabat FashionValet di Bangsar.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara berkata, pihaknya mengambil beberapa dokumen kewangan susulan serbuan di empat premis. – 6 November, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

◉ Related