◉ HEADLINES

Vivy, suami selesai beri keterangan selama lima jam

Mereka tiba di ibu pejabat SPRM kira-kira 9.14 pagi tadi dan ini adalah kali keempat di mana proses mengambil keterangan dijalankan

3:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzarudin Shah Anuar selesai memberi keterangan selama lima jam di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, hari ini.

Ia bagi siasatan melibatkan kerugian pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebanyak RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn. Bhd (FashionValet).

Vivy dan suami meninggalkan bangunan berkenaan pada jam 1.58 petang dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) hitam.

Mereka tiba di ibu pejabat SPRM kira-kira 9.14 pagi tadi dan ini adalah kali keempat di mana proses mengambil keterangan dijalankan.

Turut kelihatan ialah peguam mereka, Shaarvin Raaj Selva Kumar, lapor Bernama.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata berdasarkan siasatan setakat ini, pasukannya merumuskan terdapat transaksi akaun meragukan daripada sebuah syarikat dan beberapa pihak lain yang disiasat bermula 2018-2023.

Beliau berkata, SPRM kini dalam peringkat mengesan barangan milik pasangan pengasas FashionValet yang pernah ditunjukkan dalam media sosial sebelum ini.

“Mereka perlu memberi kerjasama bagi mengenal pasti barangan yang ditunjukkan sebelum ini dalam media sosial,” katanya.

Selain itu beliau berkata, SPRM juga tidak akan menahan pasangan terbabit buat masa ini memandangkan mereka memberi kerjasama penuh dalam siasatan.

Sebelum ini sumber memberitahu, SPRM turut membekukan beberapa akaun bank persendirian dan syarikat milik suami isteri pengasas platform e-dagang fashion valet bernilai kira-kira RM1.1 juta.

“Sejak siasatan dijalankan, SPRM menerusi ‘Op Favish’ telah membekukan kira-kira 11 akaun persendirian dan enam akaun syarikat di bawah seliaan pasangan suami isteri ini bernilai kira-kira RM1.1 juta bagi membantu siasatan,’’ katanya.

Isu kerugian tersebut mencetuskan kemarahan ramai selepas Kementerian Kewangan menerusi jawapan bertulis di Parlimen, baru-baru ini mendedahkan Khazanah dan PNB menjual pegangan RM47 juta dalam FashionValet hanya untuk RM3.1 juta.

Menurut Kementerian Kewangan, penjualan tersebut merupakan langkah keluar yang bertanggungjawab oleh Khazanah dan PNB daripada FashionValet kepada pelabur strategik. – 8 November, 2024

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Penjawat awam kerja dari rumah tiga kali seminggu, syarat daftar SPOT-Me setiap sejam

Tempat bekerja pegawai semasa BDR ialah di rumah yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) sahaja

◉ Related