◉ HEADLINES

Kapal selam negara, KD Tun Razak dalam keadaan terbaik: Khaled Nordin

Ia membuktikan keupayaan kapal selam negara beroperasi dengan baik dan berkesan, kata Khaled Nordin

9:08 AM MYT

 

KUALA LUMPUR –  Kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Tun Razak dalam keadaan terbaik dan berupaya beroperasi dengan berkesan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Khaled yang melihat sendiri kapal berkenaan turut berpeluang menyelam pada kedalaman operasi maksimum ketika tinjauan operasi Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV) KD Selangor di Laut China Selatan.

“Pengalaman ini sekaligus membuktikan keupayaan kapal selam negara beroperasi dengan baik dan berkesan.

“Pelayaran ini telah disertai oleh anak-anak kapal yang mahir dan kompeten yang mana dilahirkan melalui projek perolehan kapal selam ini,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook.

Kapal selam Scorpene ini telah diperoleh dari negara Perancis dan ditauliahkan pada 2009.

Mengulas lanjut, Khaled yang dalam rangka lawatan kerja ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah pada Sabtu berkata kapal selam ini bukan sahaja melambangkan pemodenan Armada TLDM, malah penting dalam membina imej Malaysia sebagai negara yang memiliki angkatan laut yang dihormati dan digeruni.

“Saya berikrar untuk terus memberi komitmen terhadap usaha pemodenan dan pemerkasaan aset-aset ketenteraan strategik demi mempertahankan kedaulatan Malaysia,’’ katanya.

Turut hadir pada lawatan itu Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Lokman Hakim Ali dan Panglima Armada Timur Laksamana Muda Datuk Muhammad Ruzelme Ahmad Fahimy. – 10 November, 2024

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

◉ Related