◉ HEADLINES

Bekas Adun Tanjung Dawai meninggal dunia

Pemergian Allahyarhamah yang juga bekas wartawan dan pemenang pertama Anugerah Kajai pada 1984, disahkan oleh kakaknya

4:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Wartawan veteran dan bekas ahli politik Datuk Rosnah Abd Majid, 71, meninggal dunia di rumahnya di Teluk Bahang, Pulau Pinang, pada 9.30 pagi ini.

Pemergian Rosnah disahkan kakaknya, Mariam ketika dihubungi Bernama hari ini.

“Allahyarhamah memang diketahui mempunyai penyakit berkaitan buah pinggang dan pernah membuat pembedahan pemindahan buah pinggang di China pada 2001. Jenazah masih di Pulau Pinang dan akan dikebumikan di Kuala Lumpur,” katanya.

Allahyarhamah yang dilahirkan pada 1953 di Sungai Pial, Merbuk, Kedah adalah lepasan Universiti Malaya dalam bidang Ekonomi.

Rosnah pernah bertugas di akhbar Utusan Malaysia selama 20 tahun, sejak 1977 dan merupakan pemenang pertama Anugerah Kajai pada 1984.

Allahyarhamah juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bagi kawasan Tanjung Dawai selepas menewaskan calon PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999 dan pernah menyandang jawatan  Ketua Jawatankuasa Perhubungan Wanita UMNO Negeri Kedah bagi penggal 2000/2003.

Beliau juga dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden (FKBM) Universiti Utara Malaysia (UUM) selama setahun pada 2007. – 10 November, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related