◉ HEADLINES

UPNM: Suspek dera penuntut tahun satu hingga patah tulang rusuk hadir beri keterangan

Suspek tidak ditahan, dan setakat petang tadi, keterangan tambahan daripada lima lagi saksi telah dirakam bagi membantu siasatan

7:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis sudah mengambil keterangan suspek bagi membantu siasatan kes penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dipercayai dipijak senior hingga cedera parah di rusuk dan belakang badan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, suspek kes berkenaan telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras petang tadi untuk memberi keterangan.

“Suspek tidak ditahan, dan setakat petang tadi, keterangan tambahan daripada lima lagi saksi telah dirakam bagi membantu siasatan,” katanya memetik laporan Bernama.

Sementara itu, setakat ini Polis sudah mengambil keterangan sembilan individu bagi membantu siasatan.

Rusdi berkata, mereka yang diambil keterangan melibatkan saksi kejadian dan kakitangan universiti berkenaan.

Semalam, Rusdi dalam kenyataan memaklumkan mangsa berusia 19 tahun yang juga penuntut tahun satu, mengalami retak pada tulang rusuk dan tulang belakang selepas dicederakan seorang penuntut senior tahun tiga.

Mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Kejadian berlaku pada jam 10.45 malam, 21 Oktober di mana mangsa ketika itu berada di tepi padang kawad setelah selesai panggil nama di universiti berkenaan. Polis hanya menerima laporan berkaitan insiden itu pada jam 8.40 malam, 8 November.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerusi perkongsian di platform X semalam memaklumkan pihaknya berpendirian kejadian tersebut adalah tidak wajar dan merosakkan imej UPNM serta institusi pendidikan tinggi.

Mohamed Khaled berkata kementerian berkenaan menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan berhubung kejadian. – 11 November, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related