◉ HEADLINES

Suasana hiba selubungi kediaman Allahyarham Daim

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1

2:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suasana hiba menyelubungi kediaman Allahyarham Tun Daim Zainuddin di Persiaran Bukit Tunku, di sini dengan kehadiran ramai ahli keluarga, rakan serta pemimpin politik untuk memberi penghormatan terakhir.

Antara yang terawal hadir ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang tiba sekitar jam 12.50 tengahari.

Dr Mahathir meluangkan masa lebih 30 minit memberikan penghormatan terakhir kepada sahabatnya sebelum dilihat meninggalkan kediaman Allahyarham Daim pada jam 1.20 tengahari.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang tiba pada jam 1.30 tengahari.

Turut kelihatan barisan Ahli Parlimen pembangkang termasuk Datuk Seri Hamzah Zainudin, Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Upacara penghormatan terakhir akan diadakan sehingga jam 3.30 petang ini sebelum jenazah disolatkan di Masjid Wilayah Jalan Duta pada jam 4 petang ini.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1.

Terdahulu, bekas Menteri Kewangan itu meninggal dunia pagi ini pada usia 86 tahun.

Pemergian Allahyarham disahkan oleh keluarganya menerusi kenyataan ringkas.

“Dengan perasaan sedih dan penuh dukacita, kami ingin memaklumkan bahawa Tun Daim Zainuddin telah pulang ke rahmatullah pada pagi ini, jam 8.21 pagi, di Hospital Assunta, Petaling Jaya.

Sementara itu, Fadillah berkata, Daim banyak memberi sumbangan dan khidmat bakti ketika berada dalam kerajaan dahulu.

“Saya ucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga. Walaupun secara peribadi saya tak pernah bersama berkhidmat dengan beliau dalam kerajaan, tapi saya mengikuti perkembangan.

“Sudah pasti selaku menteri dulu banyak khidmat bakti diberikan (beliau) pada negara. Kita dalam keadaan apa pun ucap takziah pada mereka (keluarga),” katanya.

Hamzah pula menyifatkan Daim sebagai negarawan yang banyak berjasa kepada negara.

“Beliau merupakan arkitek ekonomi negara sehingga satu ketika Malaysia terkenal sebagai the Asean Tiger. Ini adalah semua merupakan jasa-jasa yang beliau telah lakukan untuk negara.

“Sebab itu kami di pihak pembangkang ingin merakamkan rasa takziah dan memohon kepada semua rakyat mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dan dirahmahi Allah sehingga beliau dikenang sampai bila-bila sebagai pejuang agama, bangsa dan negara,” katanya.

Sebelum ini Allahyarham dilaporkan mengalami strok dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Assunta.

Beliau menjadi Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991, dan kali kedua pada 1999-2001.- 13 November, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related