◉ HEADLINES

‘Wakil U Mobile letak jawatan dalam lembaga pengarah DNB?’ soal Wan Saiful

Wan Saiful berkata, kerajaan juga perlu mengumumkan perkara lain yang penting iaitu langkah untuk memastikan syarikat GLC DNB terus cemerlang

10:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendedahkan beliau ada mendengar bahawa wakil-wakil U Mobile Sdn. Bhd telah meletak jawatan dalam Lembaga Pengarah Digital Nasional Bhd (DNB).

Menerusi kenyataan di dalam Facebook, Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu berkata, jika perkara itu benar maka ia merupakan kejayaan awal hasil desakan yang mahukan ketelusan serta tadbir urus yang baik dalam pengurusan 5G negara.

“Tetapi U Mobile masih pegang saham dalam DNB. Apa logik yang kerajaan gunakan membiarkan syarikat pesaing swasta pegang saham dalam syarikat GLC (syarikat berkaitan kerajaan) yang mereka saingi?

“Sepatutnya kerajaan sudah rangka exit strategy yang munasabah sebelum berikan spektrum kepada U Mobile. Tapi disebabkan kerajaan ini tidak kompeten, mungkin mereka terlupa,’’ katanya.

Wan Saiful sebelum ini pernah membangkitkan persoalan mengenai wakil U Mobile dalam lembaga pengarah DNB semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat.

Menjawab persoalan itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadhil berkata sebahagian syarat yang ditetapkan adalah rangkaian mudah alih (MNO) perlu memegang saham dalam DNB.

“Pegangan saham ini juga akan diterjemahkan menjadi sejumlah kerusi dalam lembaga pengarah…jadi dari segi tatakelola, aspek pegangan saham dan juga ‘corporate governance’ tidak ada kesalahan dari segi itu,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Saiful berkata, kerajaan juga perlu mengumumkan perkara lain yang penting iaitu langkah untuk memastikan syarikat GLC DNB terus cemerlang serta boleh menjadi lebih untung berbanding syarikat swasta U Mobile.

“Adakah kerajaan ini mahu menjadi kerajaan pertama di dunia yang sengaja membuat dasar untuk melemahkan dan merugikan syarikat yang dimiliki oleh kerajaan sendiri?

“Apa akan jadi kepada hutang dan liabiliti DNB sekiranya langkah kerajaan memberi spektrum kepada U Mobile menyebabkan DNB rugi,’’ soalnya. – 27 November, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related