◉ HEADLINES

Budaya Sarapan di Malaysia dapat pengiktirafan Warisan Budaya Tidak Ketara Unesco

Ia memenuhi semua kriteria yang digariskan oleh Konvensyen Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara 2003, Unesco

12:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Budaya sarapan dalam kalangan rakyat Malaysia mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataannya berkata, Budaya Sarapan di Malaysia : Pengalaman Menjamu Selera Masyarakat Pelbagai Etnik telah disenaraikan di bawah Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan Unesco dan keputusan dibuat awal pagi tadi.

Menurut Motac, keputusan itu diumumkan pada sesi ke-19 Jawatankuasa Antara Kerajaan untuk Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara (IGC ICH) yang berlangsung di Asuncion, Paraguay dari 2 hingga 7 Disember.

“Keputusan itu diumumkan pada 4.40 petang waktu Paraguay yang memutuskan ia memenuhi semua kriteria yang digariskan oleh Konvensyen Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara 2003, Unesco.

“Motac melalui Jabatan Warisan Negara (JWN) mengemukakan dokumen pencalonan Budaya Sarapan di Malaysia kepada pihak sekretariat UNESCO pada 30 Mac 2023.

“la merupakan pencalonan pertama yang berkaitan dengan makanan dan gastronomi Malaysia,’’ katanya.

Motac memberitahu, Budaya Sarapan di Malaysia mencerminkan kepelbagaian budaya, keharmonian, penglibatan dan penerimaan masyarakat pelbagai etnik di negera ini.

Ia merupakan elemen warisan kebudayaan tidak ketara yang selari dengan kriteria Unesco, sekali gus memberi impak dalam hubungan sosial masyarakat serta mencerminkan kekuatan dalaman Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum.

Malaysia sebelum ini pernah mendapat pengiktirafan bawah 2003 Convention ini untuk Mak Yung pada 2005, Dondang Sayang (2018), Silat (2019), Upacara Ong Chun/Wangchuan/Wangkang, pencalonan bersama China (2020), Pantun, pencalonan bersama Indonesia (2020), Songket (2021) dan Mek Mulung (2023).

Menurut MOTAC, pengiktirafan terbabit juga membuktikan komitmen kementerian itu dalam melindungi warisan kebudayaan tidak ketara, sejajar dengan Teras 3 Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN), iaitu memfokus kepada usaha pemeliharaan dan pemuliharaan warisan budaya. – 5 Disember, 2024

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related