◉ HEADLINES

Banjir: 267 stesen pemancar telekomunikasi terjejas kembali beroperasi: Fahmi

Banjir juga telah menjejaskan 91 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), namun 81 telah kembali beroperasi manakala 10 lagi belum beroperasi

6:09 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sebanyak 267 stesen pemancar telekomunikasi yang terjejas akibat banjir, telah kembali pulih dan beroperasi setakat 9 pagi tadi, manakala 56 lagi belum beroperasi.

Beliau berkata sebanyak 323 stesen pemancar komunikasi terjejas akibat banjir di empat negeri setakat pagi ini, dengan 264 stesen daripadanya di Kelantan, Terengganu (49), Pahang (9) dan satu stesen di Johor.

Fahmi berkata banjir juga telah menjejaskan 91 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), namun daripada jumlah itu 81 telah kembali beroperasi manakala 10 lagi belum beroperasi.

Beliau berkata sebanyak 120 pusat pemindahan sementara (PPS) pula masih beroperasi setakat 9 pagi tadi.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan bahawa 23 PPS telah dipasang dengan wifi percuma dan masa yang sama MCMC terus berada pada tahap kesiapsiagaan untuk memastikan sekiranya berlaku insiden seperti banjir selepas ini, maka isu telekomunikasi dapat ditangani dengan segera,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, Fahmi berkata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching sedang dalam perjalanan ke Raub, Pahang bersama pasukan daripada MCMC untuk membantu kerja-kerja pembersihan pasca banjir serta meneliti isu-isu telekomunikasi.

Beliau berkata MCMC juga akan membuat penelitian setiap hari untuk mendapatkan maklumat terkini, sama ada stesen pemancar yang terkesan telah dipulihkan ataupun tidak.

Sementara itu, Fahmi berkata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini memaklumkan, jumlah kumulatif mangsa banjir setakat ini melebihi 222,000 orang melibatkan 70,706 keluarga di seluruh negara.

Beliau berkata jumlah mangsa tertinggi pada satu ketika di PPS adalah lebih daripada 150,000 orang namun setakat 12 tengah hari tadi, jumlah mangsa telah berkurang kepada 25,599 orang di 96 PPS. – 6 Disember, 2024

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

RM200m World Cup rights fee puts Malaysia’s 2026 viewing at risk

Malaysia could miss live coverage of the 2026 FIFA World Cup as a steep RM200 million broadcasting fee strains Astro and RTM, raising doubts over whether fans will be able to watch football’s biggest tournament

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

◉ Related