◉ HEADLINES

SPRM lanjut tempoh reman penjawat awam, disyaki terlibat rasuah projek pembinaan RM250 juta

Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu direman selama tiga hari bermula 10 sehingga 12 Disember ini

8:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat lanjutan menahan reman seorang penjawat awam kerana disyaki terlibat rasuah sebagai balasan mendapatkan projek-projek pembinaan di Sarawak bernilai kira-kira RM250 juta.

Majistret Mason Jaro Lenya Barayan membenarkan suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu direman selama tiga hari bermula 10 sehingga 12 Disember ini selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuching hari ini.

Manakala permohonan reman bagi seorang lagi suspek yang bergelar Datuk telah ditolak dan suspek tersebut dilepaskan dengan wang jaminan berjumlah RM 50,000.

Menurut sumber, kedua-dua suspek dipercayai berpakat dan berkomplot bagi membolehkan beberapa syarikat mendapat projek-projek pembinaan dikeluarkan pejabat kerja raya sebuah daerah di Sarawak.

Mereka dipercayai melakukan perbuatan itu antara tahun 2022 hingga 2024 sebagai balasan mendapatkan projek-projek pembinaan yang bernilai kira-kira RM250 juta.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009 serta tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan susulan akan dibuat bagi membantu siasatan,’’ katanya. – 9 Disember, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related