◉ HEADLINES

Titah adendum: tidak munasabah ulas isu dalam prosiding mahkamah secara terbuka, kata Anwar

Jabatan Peguam Negara turut menasihatkan agar semua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bersifat subjudis

1:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa isu kewujudan titah adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah tidak wajar diulas secara terbuka di Dewan Rakyat atas alasan subjudis.

Anwar berkata Mahkamah Rayuan telah menetapkan 6 Jan depan untuk mendengar rayuan bekas Perdana Menteri itu berkaitan titah adendum tersebut dan Jabatan Peguam Negara turut menasihatkan agar semua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bersifat subjudis.

“Peraturan Mesyuarat 23(1)(g) Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat tidak membolehkan (dibahaskan). Oleh itu, seperti yang dinyatakan Peguam Negara, kita perlu menghormati dan memberi kepercayaan kepada institusi undang-undang,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Takiyuddin meminta penjelasan mengenai kewujudan titah adendum berkaitan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan kali ke-61 pada 29 Jan 2024 melibatkan permohonan pengampunan Najib.

Anwar berkata sebagai seorang peguam berpengalaman, Takiyuddin sepatutnya mengetahui bahawa tidak wajar untuk mengulas isu yang sedang dalam prosiding mahkamah. – 10 Disember, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related