◉ HEADLINES

Kes Ebit Lew: saksi khuatir orang ramai tidak percaya jika buat laporan polis

Namun saksi nekad membuat laporan polis Ogos tahun sama selepas berita gangguan seksual seorang pendakwah terkenal yang mengaitkan nama Ebit Lew tersebar sekitar Julai

7:30 PM MYT

 

TENOM – Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau memang berniat membuat laporan polis terhadap Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, mengenai gangguan seksual pendakwah itu pada April 2021 namun khuatir orang ramai tidak akan mempercayainya.

Bagaimanapun, wanita berusia 40-an itu, yang merupakan saksi pendakwaan kesembilan dan pengadu dalam kes berkenaan, berkata beliau kemudian nekad membuat laporan polis pada Ogos tahun sama dengan bantuan sebuah pertubuhan bukan kerajaan selepas berita gangguan seksual seorang pendakwah terkenal yang mengaitkan nama Ebit Lew tersebar sekitar Julai.

Beliau memaklumkan demikian semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Saksi itu juga memberi penjelasan mengenai jawapan “tidak setuju” kepada soalan peguam Datuk Ram Singh sebelum ini yang mencadangkan bahawa tujuan beliau membuat laporan polis adalah untuk kepentingan dirinya.

“Saya tidak setuju sebab saya betul-betul dipengaruhi oleh dia semasa memberi gambar tanpa kerelaan dan saya membuat laporan bukan untuk kepentingan diri saya,” katanya.

Saksi juga berkata beliau tidak meminta semula gambar yang diberikannya kerana berpendapat Ebit Lew tidak menyimpan gambar tersebut.

Wanita itu berkata beliau membalas mesej Ebit Lew dengan nada main-main kerana pada awalnya beranggapan tertuduh adalah seorang ustaz dan pendakwah yang baik.

Ebit Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan mangsa dengan menghantar perkataan dan gambar lucah kepada wanita itu melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Pendakwah itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung pada 15 hingga 17 Jan depan. – 10 Disember, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

◉ Related