◉ HEADLINES

RUU Kebebasan Maklumat akan dibentang tahun hadapan, kata PM

RUU Kebebasan Maklumat ini juga bagi memastikan hak individu untuk akses kepada maklumat di bawah bidang kuasa kerajaan terjamin dan terpelihara di sisi undang-undang

2:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rang Undang-undang (RUU) Kebebasan Maklumat bagi meningkatkan ketelusan dalam perkhidmatan awam akan dibentangkan di Parlimen pada tahun hadapan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Menurut Anwar, perkara berkenaan dipersetujui oleh Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang dipengerusikan beliau semalam.

RUU berkenaan, kata beliau, adalah cadangan dasar yang dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.

“Mesyuarat bersetuju supaya RUU ini dibentangkan di Parlimen pada tahun 2025 ke arah meningkatkan ketelusan dalam perkhidmatan awam.

“Ia juga memastikan hak individu untuk akses kepada maklumat di bawah bidang kuasa Kerajaan terjamin dan terpelihara di sisi undang-undang,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata mesyuarat turut mengambil maklum tentang penubuhan Pasukan Petugas Khas Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau berkata, langkah ini diambil untuk menambahbaik imej dan persepsi negara berhubung tatakelola baik sektor awam di peringkat antarabangsa, khususnya dalam kalangan pelabur asing.

“Adalah menjadi tekad Kerajaan untuk sentiasa memperkukuh agenda tatakelola baik negara, mempertingkat integriti dan memerangi rasuah selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

Pada 26 September lalu, Shamsul Azri memaklumkan kerajaan bersetuju supaya Pasukan Petugas Khas Indeks Persepsi Rasuah (CPI) ditubuhkan dan dipengerusikan oleh beliau.

Shamsul Azri berkata pasukan berkenaan antara lain berperanan menganalisis dapatan tinjauan CPI dan mencadangkan syor serta strategi reformasi institusi dan perundangan termasuk pemantapan mekanisme semak dan imbang.

Sebelum ini dilaporkan pasukan itu akan turut memantau rapat dan membuat tindakan susulan bersesuaian melalui inisiatif di bawah Strategi Pembantu Rasuah Nasional (NACS) 2024 – 2028. – 17 Disember, 2024

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Penjawat awam kerja dari rumah tiga kali seminggu, syarat daftar SPOT-Me setiap sejam

Tempat bekerja pegawai semasa BDR ialah di rumah yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) sahaja

◉ Related