◉ HEADLINES

Along Cham mengaku tidak bersalah tuduhan miliki dadah

Hakim Ahmad Fuad Othman tidak membenarkan Along Cham diikat jamin dan menetapkan 27 Januari depan untuk sebutan semula kes

3:37 PM MYT

 

SEPANG – Pelakon dan pelawak Muhammad Nizamuddin Ahmad atau lebih dikenali Along Cham mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki dadah jenis kanabis.

Bekas peserta program realiti Raja Lawak berusia 41 tahun itu didakwa memiliki dadah disyaki kanabis dianggarkan seberat 58.23 gram (g) di kediamannya di Cyberjaya pada 3.10 petang, 14 Disember lepas.

Bapa kepada empat anak berusia antara empat dan 13 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau untuk satu tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan akan dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin manakala tertuduh diwakili  Peguam Mohd Fadly Hashim.

Hakim Ahmad Fuad Othman tidak membenarkan Muhammad Nizamuddin diikat jamin dan menetapkan 27 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Sementara itu di Mahkamah Majistret, Muhammad Nizamuddin turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki 2.07g kanabis di lokasi, masa dan tarikh sama mengikut Seksyen 6  Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Mohd Fadly memohon anak guamnya dibenarkan diikat jamin dan memaklumkan tertuduh mempunyai empat anak berusia empat, lima, tujuh dan 13 tahun.

“Anak guam saya bekerja dalam bidang hiburan dan pendapatan tidak menentu,” katanya.

Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan membenarkan jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur ‘Ain Madihah Zulkifli. – 20 Disember, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

Police bust RM13.34m marijuana syndicate, seize 166kg of cannabis buds in KLIA, Sepang raids

A series of coordinated raids at KLIA Terminal 1 and Kota Warisan led to the arrest of five suspects and the seizure of 166.2kg of marijuana buds believed to have been destined for the European market

◉ Related