◉ HEADLINES

Bantuan Awal Persekolahan diperluas kepada pelajar tingkatan enam

Ia bakal memberi manfaat kepada lebih 100,000 pelajar dengan implikasi kewangan kira-kira RM15 juta

1:19 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar tingkatan enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam akan memberi manfaat kepada lebih 100,000 pelajar dengan implikasi kewangan kira-kira RM15 juta.

“Ini peluang yang sangat baik, BAP diberikan kepada pelajar tingkatan enam buat kali pertamanya dalam sejarah, dan kita mahu anak-anak tingkatan enam ini terus bersemangat.

“Kita harap inisiatif untuk tingkatan enam akan dapat kita tambah baik lagi kerana tingkatan enam ini sangat penting, ia pasca-Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan khususnya untuk menjamin akses pendidikan kepada semua,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadhlina berkata agihan BAP kepada pelajar tingkatan enam sedia ada akan dilaksanakan pada Februari 2025 manakala pelajar baharu akan menerima BAP pada Julai 2025.

Beliau berkata peluasan pemberian BAP kepada pelajar tingkatan enam juga adalah cerminan keprihatinan kerajaan MADANI untuk meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga dalam melakukan persediaan keperluan persekolahan.

Inisiatif itu juga membuktikan komitmen berterusan Kementerian Pendidikan untuk terus memperkasakan pendidikan selain untuk menggalakkan pelajar memilih pendidikan tingkatan enam, selepas SPM, katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada 18 Okt lepas, mengumumkan BAP diteruskan, dengan hampir RM800 juta diperuntukkan kepada 5.2 juta murid Tahun Satu hingga Tingkatan Lima tanpa mengira pendapatan ibu bapa. – 22 Disember, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related