◉ HEADLINES

PNB umum agihan pendapatan 5.75 seunit untuk ASB

Pengagihan itu terdiri daripada pendapatan 5.50 sen seunit dan bonus 0.25 sen seunit

12:11 PM MYT

 

SHAH ALAM – Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan agihan pendapatan 5.75 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 2024.

Pengagihan itu terdiri daripada pendapatan 5.50 sen seunit dan bonus 0.25 sen seunit.

PNB dalam kenyataannya hari ini memaklumkan jumlah pembayaran sebanyak RM10.1 bilion itu akan memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.

Menurut PNB, dividen berkenaan menunjukkan peningkatan hampir 10% dalam jumlah agihan pendapatan berbanding 5.25 sen seunit yang diumumkan pada 2023.

“Bilangan akaun ASB meningkat sebanyak 2.4% kepada 11.1 juta akaun, menunjukkan keyakinan berterusan terhadap ASB sebagai platform simpanan dan pelaburan penting dalam perancangan kewangan mereka,’’ katanya.

Menurut PNB, ia juga menjadikan pendapatan paling kukuh sepanjang tempoh lima tahun yang lalu.

Sementara itu, pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda, berkata pihaknya berbesar hati kerana ASB mampu memberikan agihan dividennya yang paling kukuh sepanjang tempoh lima tahun.

“Pembayaran dividen ASB sebanyak 5.75 sen seunit adalah ketara lebih tinggi berbanding 5.25 sen seunit yang telah dibayar pada tahun 2023, dan menjadikan jumlah dividen yang diagihkan kepada pemegang unit ASB sejak penubuhannya kepada RM196.5 bilion.

“Prestasi ASB yang lebih baik ini adalah didorong oleh impak positif daripada strategi kepelbagaian aset PNB serta faktor pasaran ekuiti awam Malaysia yang kukuh, yang mendapat manfaat daripada pertumbuhan ekonomi Malaysia yang teguh dan pengukuhan Ringgitmemetik kenyataan tersebut,’’.- 24 Disember, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related