◉ HEADLINES

RON97 naik 3 sen, RON95 dan diesel kekal

Harga runcit RON97 meningkat tiga sen seliter daripada RM3.22 kepada RM3.25 seliter berkuatkuasa esok

5:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Harga runcit RON97 meningkat tiga sen seliter daripada RM3.22 kepada RM3.25 seliter berkuatkuasa esok, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Bagaimanapun, MOF berkata, harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter manakala harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada RM2.95 seliter.

Harga berkenaan bagi tempoh 26 Disember hingga 1 Januari 2025.

“Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan akan kekal pada RM2.15 seliter dalam tempoh yang sama,’’ kata kementerian itu dalam kenyataan hari ini.

Menurut MOF, harga berkenaan ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara,” kata kenyataan itu. – 25 Disember, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related