◉ HEADLINES

Kelantan sedia pertimbang laksana hukuman sebat syariah di khalayak ramai

Insya-Allah akan diusahakan juga di Kelantan apabila mempunyai SOP secara terbaik, kata Exco Kelantan

3:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri Kelantan bersedia untuk melaksanakan hukuman sebat di khalayak ramai bagi kesalahan syariah, jika mempunyai prosedur operasi standard (SOP) terbaik.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan Dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan, Mohd Asri Mat Daud berkata, pada asasnya kerajaan Kelantan juga meluluskan perkara yang sama melalui Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lainnya membolehkan hukuman sebat bagi pesalah dijalankan di khalayak ramai.

“Insya-Allah akan diusahakan juga di Kelantan apabila mempunyai SOP secara terbaik,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Pada Jumaat, seorang duda kepada lima anak telah disebat di khalayak ramai kerana melakukan kesalahan khalwat berulang, di Dewan ‘Aasim, Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu.

Pelaksanaan hukuman berkenaan menjadikan tertuduh, Mohd Affendi Awang, 42, yang mengaku bersalah berkhalwat buat kali ketiga itu, sebagai individu pertama di Terengganu disebat di khalayak ramai.

Berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 yang berkuat kuasa 1 Januari lalu, kesalahan khalwat bagi kali kedua dan seterusnya boleh dikenakan hukuman sebatan sehingga enam kali, denda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara.

Mengulas lanjut, Mohd Asri turut mengucapkan tahniah kepada Terengganu di atas pelaksanaan hukuman tersebut, yang disifatkan sebagai mendidik masyarakat dengan lebih berkesan dan selaras piawaian hukuman berteras syariah.

Jelasnya, mengubah pelaksanaan dengan mengadakan hukuman sebat secara terbuka mengikut tatacara syariah membabitkan had kuota 70 orang yang dibenarkan sebagai saksi adalah langkah yang mengambil roh hukuman syariah dan tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan syariah.

“Semua pihak sayugia tidak perlu membuat sebarang naratif mengelirukan apatah lagi berniat tidak baik termasuk mempolitikkan kaedah Syariah yang semuanya telah mengikuti SOP tatacara Syariah.

“Malahan seharusnya semua pihak memberikan sepenuh kepercayaan kepada Kerajaan Negeri Terengganu untuk melaksanakannya,” katanya. – 28 Disember, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

◉ Related