◉ HEADLINES

Lesen Layang-Layang Island Resort Sdn Bhd dibatalkan: MOTAC

Terdahulu sebuah resort di Sabah didakwa gagal mengembalikan deposit kepada lebih 100 individu termasuk pelancong asing yang menempah pakej menyelam skuba dengan mereka sejak 2020

12:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lesen syarikat Layang-Layang Island Resort Sdn. Bhd. telah dibatalkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berkuatkuasa 6 Januari lalu.

Pesuruhjaya Pelancongan MOTAC, Datuk Roslan Abdul Rahman dalam kenyataan hari ini berkata, kementerian memandang serius sebarang pelanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusaha pelancongan berlesen demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat.

“Selaras dengan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482], Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah memutuskan untuk membatalkan lesen syarikat Layang-Layang Island Resort Sdn. Bhd. berkuat kuasa mulai 6 Januari 2025,’’ katanya ringkas.

Sebelum ini, beberapa media melaporkan mengenai sebuah resort di Sabah yang didakwa gagal mengembalikan deposit kepada lebih 100 individu termasuk pelancong asing yang menempah pakej menyelam skuba dengan mereka sejak 2020.

Tempahan itu memerlukan deposit sebanyak 50%. – 8 Januari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

[WATCH] Reforms in motion: Kulasegaran outlines major legal and institutional changes

From a proposed Human Rights Tribunal to restoring Parliament’s autonomy and overhauling core laws, Kulasegaran says reforms are advancing, even if public awareness has not caught up.

◉ Related