◉ HEADLINES

Malaysia akan bina sekolah, hospital dan masjid di Gaza: Anwar

Pembinaan semula itu akan dijalankan melalui kerjasama antara rakyat Malaysia dan sektor swasta

5:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia akan membina sebuah sekolah, hospital, dan masjid sebagai usaha permulaan dalam membantu membangunkan semula Gaza dan meringan beban penderitaan yang ditanggung penduduk Palestin, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, pembinaan berkenaan akan dijalankan dengan kerjasama semua pihak termasuk syarikat berkaitan kerajaan, badan bukan kerajaan, swasta, perniagaan, korporat dan seluruh rakyat Malaysia.

“Ia sebagai usaha kita, pengorbanan masyarakat dan rakyat. Mudah-mudahan Allah memelihara kita dan menjamin keselamatan Gaza dan Palestin,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut memuatnaik rakaman video mengenai pembinaan semula Gaza.

Pada 18 Januari lepas, Anwar dilaporkan berkata pembangunan semula Gaza yang hampir musnah akibat serangan Israel sejak Oktober 2023, dijangka menelan kos lebih US$1 trilion.

Anwar juga memberitahu pengumuman gencatan senjata di Gaza selepas pembantaian kejam yang meragut lebih 46,000 nyawa dan menyebabkan lebih dua juta rakyat Palestin hilang tempat tinggal, harus disambut dengan perancangan pemulihan Gaza.

“Alhamdulillah, Kerajaan Malaysia dan Jepun juga berjaya mencapai kesepakatan untuk menyegerakan usaha membina semula Gaza menerusi inisiatif Kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD) dengan menubuhkan dana khas bagi menyokong pembangunan semula wilayah yang terkesan.

“Moga kewujudan dana khas ini akan mencapai misi dan matlamat yang kita rancang,” katanya. – 29 Januari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related