◉ HEADLINES

Lelaki ugut pelawak popular dan keluarganya didakwa di mahkamah esok

Tempoh reman lelaki berkenaan disambung tiga hari bermula Rabu hingga Jumaat ini, selepas reman kali pertamanya tamat pada Selasa

8:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang disyaki mengugut pelawak popular dan keluarganya baru-baru ini akan didakwa di mahkamah, esok.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata suspek berusia 31 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pagi esok.

“Suspek akan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, Razarudin dilaporkan berkata tempoh reman lelaki berkenaan disambung tiga hari bermula Rabu hingga Jumaat ini, selepas reman kali pertamanya tamat pada Selasa.

Sabtu lepas, media melaporkan polis menahan lelaki terbabit kerana disyaki melakukan ugutan bunuh terhadap seorang pelawak popular berusia 54 tahun susulan hantaran di media sosial pelawak itu yang  menyentuh isu ham.

Razarudin sebelum ini berkata tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada pengurus pelawak berkenaan Khamis lepas.

Media turut melaporkan polis telah mengambil keterangan pelawak itu selepas didakwa memuat naik hantaran ketika kontroversi status halal sandwic ham dan keju baru-baru ini yang dikatakan membuka ruang untuk mempersendakan agama Islam dan nama Nabi Muhammad SAW. – 30 Januari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

◉ Related