◉ HEADLINES

Sebut perkataan menghasut: Muhyiddin kekal pengakuan tidak bersalah

Bekas perdana menteri itu berdepan pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK Dewan Undangan Negeri Nenggiri di Kelantan, Ogos tahun lepas

12:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Kelantan, pada Ogos tahun lepas.

Muhyiddin, 77, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin.

Untuk rekod, kes itu pada asalnya disebut di Mahkamah Sesyen Gua Musang, Kelantan pada 27 Ogos 2024 sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur susulan permohonan pihak pembelaan.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), didakwa melakukan perbuatan tersebut di kawasan lapang berhampiran Dewan Semai Bakti Felda Perasu antara 10.30 malam hingga 11.50 malam, 14 Ogos 2024.

Kenyataan menghasut itu berkenaan dakwaan beliau yang tidak dijemput oleh Yang di-Pertuan Agong selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, walaupun dikatakan mempunyai sokongan 115 daripada 222 Ahli Parlimen pada masa itu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi manakala peguam Amer Hamzah Arshad mewakili Muhyiddin.

Terdahulu, Amer Hamzah memaklumkan mahkamah bahawa pihaknya akan membuat permohonan untuk merujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan di bawah Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, berhubung kes hasutan anak guamnya.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 6 Mac untuk serahan dokumen dan mengekalkan jaminan RM5,000 yang ditetapkan Mahkamah Sesyen Gua Musang sebelum ini. – 4 Februari, 2025


Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related