◉ HEADLINES

Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini: Kementerian Komunikasi

Pindaan itu akan menyediakan ekosistem rangkaian Internet yang lebih selamat dan lestari kepada pengguna, terutama kanak-kanak dan keluarga

4:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pindaan terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang telah diwartakan pada 7 Februari lalu akan berkuat kuasa mulai hari ini.

Kementerian Komunikasi menerusi satu kenyataan memberitahu, dengan jumlah kes jenayah dalam talian pada 2024 yang mencecah 35,368 kes melibatkan kerugian lebih RM1.5 bilion, ia membuktikan pindaan tersebut adalah tepat pada masanya.

“Pindaan itu akan menyediakan ekosistem rangkaian Internet yang lebih selamat dan lestari kepada pengguna, sekali gus memberikan perlindungan lebih baik kepada pengguna terutama kanak-kanak dan keluarga,’’ katanya dalam kenyataan hari ini, sempena sambutan Hari Keselamatan Internet 2025.

Pada 9 Disember lalu, Persidangan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menerusi undi belah bahagian tanpa kehadiran 122 Ahli Parlimen.

59 Ahli Parlimen bersetuju, 40 tidak menyokong manakala seorang Ahli Parlimen tidak mengambil bahagian.

Dalam penggulungannya sebelum undian dijalankan, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memberi jaminan pindaan tersebut akan memberi ruang kepada kebebasan bersuara untuk dipertahankan di mahkamah.

Beliau berkata Seksyen 233 di bawah Akta 588 tidak dimansuhkan untuk mengelak penyalahgunaan rangkaian oleh mana-mana pihak bagi tujuan komersial khususnya penjualan pornografi dan pedofilia.

Pindaan itu juga memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tempoh lima tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya, bagi kesalahan yang dilakukan terhadap kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah.

Dalam pada itu, Kementerian Komunikasi berkata, bagi memperkukuhkan keselamatan dalam talian dan menyediakan ruang digital yang lebih selamat, Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian, yang digerakkan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), telah dimulakan.

Kempen itu, katanya akan dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah dan semua universiti awam seluruh negara, bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat pelbagai lapisan usia serta latar belakang berkenaan pentingnya keselamatan Internet.

“Antara fokus utama kempen ialah kanak-kanak di bawah usia 13 tahun tidak dibenarkan untuk memiliki akaun media sosial (penggunaan Internet perlu di bawah pengawasan ibu bapa atau penjaga).

“Meningkatkan kesedaran agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian (scam), judi dalam talian, buli siber, dan kes jenayah pedofilia.

“Menggalakkan penggunaan Internet secara selamat dan beretika,’’ katanya.

Justeru kerajaan berharap rakyat Malaysia dapat memberikan sokongan penuh terhadap usaha-usaha yang dilaksanakan dan mengambil langkah sewajarnya untuk melindungi diri serta keluarga daripada sebarang ancaman dalam talian. – 11 Februari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related