◉ HEADLINES

MAHB dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia 25 Feb 2025

Bursa Malaysia menggantung dagangan saham MAHB hari ini sebagai persiapan untuk syarikat itu dinyahsenarai dari bursa Utama

3:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan dinyahsenarai secara rasmi daripada Bursa Malaysia pada 25 Februari 2025.

Dagangan saham MAHB digantung hari ini sebagai persediaan untuk penyahsenaraian berikutan selesainya tawaran konsortium Gateway Development Alliance (GDA) untuk menstruktur semula kepentingan dalam MAHB.

Sementara itu, lima pengarah bebas bukan eksekutifnya akan meletakkan jawatan menjelang proses penyahsenaraian.

GDA, konsortium yang terdiri daripada Khazanah Nasional Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Abu Dhabi Investment Authority dan Global Infrastructure Partners milik BlackRock, mengambil alih 1.64 bilion saham MAHB atau 98.68% daripada jumlah saham terbitan MAHB setakat 5 petang, 12 Februari lalu.

Memetik laporan Bernama, konsortium itu telah mengemukakan permohonan untuk menyahsenarai MAHB daripada Bursa Malaysia pada hari berikutnya dan kemudiannya mencadangkan untuk mengambil alih kesemua saham MAHB pada RM11 sesaham daripada pemegang saham yang tidak bersetuju, menggunakan peruntukan Seksyen 222 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini berkata, tawaran konsortium untuk membeli semua baki saham MAHB pada RM11 sesaham bertujuan meletakkan syarikat itu pada kedudukan untuk disenaraikan semula pada masa depan dengan penilaian lebih tinggi.

MAHB menguruskan 39 lapangan terbang di seluruh Malaysia, termasuk lima lapangan terbang antarabangsa, 17 lapangan terbang domestik, serta 17 STOLport (lapangan terbang berlepas dan mendarat jarak pendek). – 20 Februari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related