◉ HEADLINES

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi 2024: Amir Hamzah

Amir Hamzah berkata pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024

1:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka menerima agihan dividen yang lebih baik bagi tahun kewangan 2024 berikutan prestasi memberangsangkan pada suku ketiga tahun lepas.

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

KWSP dijangka mengumumkan kadar dividen 2024 pada awal Mac ini.

“Kalau kita tengok prestasinya sehingga suku ketiga tahun lepas, ia (prestasi) menggalakkan. Sehingga suku ketiga, ia (KWSP) dah dapat RM57.5 bilion (pendapatan pelaburan). Lebih baik daripada tahun sebelumnya.

“Oleh itu, insya-Allah prestasi berterusan pada suku keempat dan dividen akan memberangsangkan. 

“Namun, saya tak boleh komen apa dividennya. Itu tunggulah. Boleh kata lebih baik. Insya-Allah,” katanya, lapor Bernama.

Amir Hamzah berkata demikian selepas menyempurnakan Larian ASEAN: Trek Kewangan @MOF anjuran Kementerian Kewangan (MOF) di Putrajaya, hari ini.

KWSP mengisytiharkan dividen lebih tinggi pada 2023 iaitu 5.50 peratus bagi Simpanan Konvensional berbanding 5.35 peratus pada 2022 dengan jumlah agihan sebanyak RM50.33 bilion.

Bagi Simpanan Shariah, 5.40 peratus direkodkan berbanding 4.75 peratus pada 2022 dengan jumlah agihan sebanyak RM7.48 bilion. – 23 Februari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related