◉ HEADLINES

PAS tak sepakat dalam PN, nak tentukan calon Perdana Menteri pun sukar

Meskipun PAS kerap mendakwa PN mempunyai ramai calon Perdana Menteri namun sehingga kini tidak ada satu calon pun yang dinamakan oleh PAS termasuk presiden parti itu, Hadi Awang

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS perlu mengakui parti itu tidak mempunyai kepimpinan yang berwibawa untuk diangkat sebagai calon Perdana Menteri (PM) dan menerajui negara ini.

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Chua Wei Kiat berkata, parti itu juga tidak dapat menyembunyikan hakikat perpecahan dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) semakin nyata.

Beliau berkata, meskipun PAS kerap mendakwa PN mempunyai ramai calon Perdana Menteri, namun sehingga kini tidak ada satu calon pun yang dinamakan termasuk untuk mengangkat nama presiden parti, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Katanya, PAS juga dilihat tidak selari dengan keputusan rakan gabungan PN yang menamakan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri yang layak.

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Chua Wei Kiat berkata perpecahan dalam Perikatan Nasional (PN) tidak dapat disembunyikan lagi. – Gambar Bernama, 26 Februari, 2025

“Setiausaha Politik Presiden PAS, Mohd Syahir Che Sulaiman boleh terus mengkritik Kerajaan Perpaduan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi adakah dia mampu menjawab satu soalan mudah – siapa calon Perdana Menteri dari PN?

“PAS sendiri pernah menolak Muhyiddin Yassin sebagai calon tunggal Perdana Menteri PN. Tahun lepas, Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin secara terbuka menyatakan bahawa parti itu tidak menerima Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri gabungan itu.

“Ini membuktikan PN tidak pernah sepakat dalam menentukan pemimpin yang layak menjadi Perdana Menteri.

“Syahir dan pemimpin PN boleh cuba mengelirukan rakyat, tetapi mereka tidak boleh menyembunyikan hakikat perpecahan di dalam PN semakin nyata, dan mereka tiada kepimpinan yang berwibawa untuk menerajui negara,” katanya hari ini.

Tambah Wei Kiat, sebagai parti dominan dalam PN, PAS sepatutnya tidak perlu takut kepada Bersatu malah berhak untuk menamakan calon mereka.

Terdahulu, Mohd Syahir berkata, golongan teknokrat dilihat boleh menggantikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-11.

Katanya, beliau melihat seorang teknokrat berkemahiran tinggi dan berwibawa seperti Tan Sri Khalid Ibrahim adalah calon terbaik untuk memimpin negara.

“Siapakah calon yang difikirkan layak hari ini, terbuka untuk perbincangan. Saya boleh namakan tetapi bukan di sini,” katanya.

Ahli Parlimen Bachok itu mengulas kenyataan bekas Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Nazri Aziz yang menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri ke-11 atas faktor ketiadaan pengganti setanding dalam parti lain termasuk Umno.

Setiausaha Agung Amanah, Faiz Fadzil berkata tidak logik jika PAS memilih ketua parti Bersatu untuk menjadi Perdana Menteri sedangkan Tan Seri Abdul Hadi Awang adalah seorang Ahli Parlimen dan tokoh ulama terkenal. – Gambar fail Bernama, 26 Februari, 2025

Sementara itu Setiausaha Agung Amanah, Faiz Fadzil berkata, kegagalan Syahir untuk menamakan Hadi sebagai calon Perdana Menteri adalah isyarat Presiden PAS tidak mendapat sokongan PN untuk mengetuai jawatan ketua negara.

Beliau berkata, tidak logik jika PAS memilih ketua parti Bersatu untuk menjadi Perdana Menteri sedangkan Hadi seorang Ahli Parlimen dan tokoh ulama terkenal.

“Maka, apabila Syahir tidak menamakan Presiden PAS sebagai calon PM, dia sedar bahawa Hadi tidak mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen dari parti gabungan lain (PN) walaupun PAS mempunyai lebih ramai Ahli Parlimen.

“Ini adalah isyarat bahawa keretakan sedang berlaku di dalam PN,” katanya.

Tambah Faiz, kenyataan Syahir bahawa teknokrat boleh diangkat sebagai calon Perdana Menteri sangat mengecewakan kerana Perdana Menteri adalah orang politik dan sesebuah kerajaan dibentuk atas kuasa politik.

“Tokoh politik utama atau ketua parti sangat penting untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri bagi menjamin kestabilan sesebuah kerajaan,” katanya. – 26 Februari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related