◉ HEADLINES

Tiada tindakan lanjut ke atas 3 penyampai radio Era: Fahmi

Kompaun tersebut dikenakan ke atas sebuah syarikat, bukan individu memandangkan syarikat ini berpendapatan tinggi setiap tahun, berbeza dengan individu

10:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak akan mengambil tindakan lanjut ke atas tiga penyampai radio Era FM susulan kontroversi yang didakwa mempersendakan perayaan keagamaan lain, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Menurut Fahmi, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira bahawa Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin Amir Effendi sebagai selebriti, telah menerima kecaman hebat sejak kontroversi itu tercetus.

“Saya ada bercakap dengan mereka kerana saya mendapati ada tekanan besar yang mereka hadapi.

“Memang mereka adalah selebriti yang sentiasa dalam perhatian umum, tetapi saya minta mereka bersabar dan bertenang kerana kita tidak berhasrat untuk mengambil sebarang tindakan terhadap mereka,’’ katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama pengamal media di Angkasapuri, hari ini.

Menurut Fahmi, kompaun sebanyak RM250,000 yang dikenakan ke atas Maestra Broadcast Sdn Bhd, pengendali stesen radio Era FM adalah mencukupi.

Keputusan itu, katanya, dibuat selepas mendapat izin Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Kompaun tersebut dikenakan ke atas sebuah syarikat, bukan individu, memandangkan syarikat ini berpendapatan tinggi setiap tahun, berbeza dengan individu,” katanya.

Ditanya sama ada kes berkenaan sudah selesai dengan kompaun yang dikenakan itu, Fahmi memberitahu dari segi tindakan oleh MCMC, semuanya sudah selesai.

Namun mengenai tindakan oleh polis, Fahmi memberitahu ia bukan di bawah bidang kuasa kementeriannya.

Terdahulu, MCMC memaklumkan ia tidak menggantung lesen Maestra Broadcast Sdn Bhd, pengendali stesen radio Era FM sebaliknya mengenakan kompaun sebanyak RM250,000.

MCMC dalam kenyataannya memaklumkan, kompaun itu dikenakan bagi kesalahan di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (selepas pindaan berkuat kuasa 11 Februari 2025), iaitu memuat naik kandungan jelik melampau di akaun rasmi TikTok Era FM.

Pada 5 Mac lalu, enam individu termasuk tiga penyampai radio Era FM telah diambil keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berhubung siasatan mengenai dakwaan mempersendakan upacara agama lain.

Tiga penyampai radio terbabit turut digantung daripada ke udara dalam segmen 3 Pagi Era.

Susulan itu MCMC telah mengeluarkan Notis Niat Penggantungan Lesen kepada Astro Audio dan mereka diberikan tempoh selama 30 hari untuk memberikan maklum balas terhadap notis tersebut sebelum sebarang keputusan dibuat.

Bagaimanapun Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan meminta supaya cadangan penggantungan itu dipertimbangkan kerana ia dianggap sebagai terlalu keras serta tidak adil kerana kesalahan itu berkait dengan tiga penyampai radionya bukan keseluruhan kakitangan stesen itu. – 11 Mac, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related