◉ HEADLINES

Tiada rombakan Kabinet meskipun berlaku perubahan kepimpinan CEC DAP: PM

Barisan kepimpinan baharu DAP bagi sesi 2025-2028 menyaksikan Menteri Digital Gobind Singh Deo dipilih sebagai Pengerusi Kebangsaan parti itu

9:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan tiada rombakan Kabinet akan berlaku meskipun terdapat perubahan kepimpinan dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bagi penggal 2025-2028.

“Itu rombakan Kabinet DAP, dia (parti berkenaan) sudah buat semalam,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan berlaku perubahan dalam barisan Kabinet susulan perkembangan terbaharu dalam DAP.

Barisan kepimpinan baharu DAP bagi sesi 2025-2028 menyaksikan Menteri Digital Gobind Singh Deo dipilih sebagai Pengerusi Kebangsaan parti itu.

Bekas penyandang jawatan itu, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng pula dilantik sebagai penasihat parti manakala Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming pula dipilih sebagai Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan.

Manakala Menteri Pengangkutan, Anthony Loke kekal memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung parti bagi penggal kedua berturut-turut. – 17 Mac, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related