◉ HEADLINES

601 banduan seluruh negara dipilih sebagai Orang Bebas Berlesen

Banduan yang terpilih mesti memenuhi syarat yang ditetapkan termasuk berkelakuan baik dan mengikuti program pemulihan

1:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 601 banduan daripada 34 institusi penjara di seluruh negara dipilih sebagai Orang Bebas Berlesen (OBB) yang membenarkan mereka kembali ke pangkuan keluarga sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Jabatan Penjara Malaysia dalam kenyataannya berkata, ia dilaksanakan menerusi Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) ihsan Madani dengan banduan dipilih selepas memenuhi syarat yang ditetapkan termasuk berkelakuan baik sepanjang tempoh tahanan dan mengikuti program pemulihan yang disediakan.

Banduan yang terlibat berusia dalam lingkungan 21 ke 68 tahun dengan empat daripadanya adalah wanita iaitu tiga dari Penjara Kajang dan satu dari Penjara Wanita Kota Kinabalu.

“Banduan itu tidak perlu melaporkan diri ke balai namun pegawai parol daerah akan membuat penyeliaan semasa menjalani tempoh PBSL.

“Prospek juga akan hadir ke Pejabat Parol Daerah untuk program intervensi dan tiada pemakaian Peranti Pengawasan Elektronik (EMD,’’ katanya.

Menurut Jabatan Penjara, mereka dipilih setelah memenuhi syarat yang ditetapkan termasuk berkelakukan baik sepanjang tempoh tahanan dan mengikuti program pemulihan yang disediakan.

“Pelaksanaan PBSL sempena Aidilfitri ini melibatkan institusi penjara di seluruh negara dan semua banduan yang dibebaskan akan dipantau secara berterusan oleh pihak berkuasa bagi memastikan mereka mematuhi syarat pelepasan dan tidak mengulangi kesalahan lalu.

“Pelepasan ini dilaksanakan selaras dengan Akta Penjara 1995 serta mengambil kira aspek keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

“Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif Ihsan Madani yang bertujuan memperkukuh hubungan kekeluargaan dan memberi peluang kedua kepada banduan yang telah menunjukkan perubahan positif,’’ katanya.

Menurut Jabatan Penjara, program itu bagi memberi peluang kepada banduan yang layak untuk kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat dalam usaha menyokong pemulihan serta integrasi sosial mereka.

“Jabatan Penjara Malaysia percaya setiap individu berhak mendapat peluang untuk memperbaiki diri dan kembali berbakti kepada masyarakat.

“Ia juga merupakan salah satu usaha kami untuk menyokong pemulihan banduan secara holistik,’’ katanya. – 24 Mac, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related