◉ HEADLINES

‘Nampak kecil tapi impak besar’ nasihat KP Kelantan kepada remaja curi tumpuan

Ramai yang memuji pendekatan Yusoff yang menggunakan pendekatan lain selain saman bagi menyelesaikan masalah

3:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mempunyai cara tersendiri untuk mendekati pesalah jalan raya di negeri tersebut terutama golongan muda yang tidak memakai topi keledar dan tidak mempunyai lesen.

Menerusi klip video yang dimuatnaik dalam akaun TikToknya, Yusoff telah menahan seorang remaja bersama adik perempuannya yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

Remaja tersebut mengambil adiknya dari sekolah dan dia juga tidak mempunyai lesen menunggang motorsikal.

“Tak boleh lagu tu dik. Tak boleh lagu ni pergi ambil ambik adik. Motor ini jalan besar, bukan jalan kampung. Tahu tak salah?,’’ soalnya kepada remaja tersebut.

“Salah pertama (adalah) keselamatan, tahu tak? Buat yang jatuh, buat yang langgar? Tak pakai topi keledar, tahu tak salah?,” soalnya.

Yusoff menyatakan denda atas kesalahan tidak memakai topi keledar adalah RM300.

Beliau menasihatkan remaja berkenaan seperti seorang bapa menasihatkan anaknya.

Selesai memberikan teguran dan nasihat, Yusoff kemudiannya memberikan dua topi keledar kepada remaja itu dan adiknya. Terharu dengan layanan yang diterima, remaja berkenaan kelihatan menangis terharu

Sementara itu menerusi ruang komen, ramai yang memuji pendekatan beliau yang menggunakan pendekatan lain selain saman bagi menyelesaikan masalah.

“Terbaik abang polis. Nasihat lebih tajam dari pedang. Selesai masalah bukan bagi masalah. Mesti abang tu bangga polis bagi helmet dan mesti ingat lepas ni bila naik motor,’’ kata putih putih.

Manakala didekdz1 pula berkata meskipun ia kelihatan seperti kecil sahaja tetapi memberikan impak yang besar kepada remaja terbabit.

“Macam nilah penguatkuasa yang kita cari dan dihormati. Tabik Datuk,’’ kata User97249692131661.

Ramai yang berharap supaya ramai lagi anggota dan pegawai polis bersikap sedemikian rupa. – 27 Mac, 2025

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Promising Malaysian cancer vaccine awaits funding to begin long-delayed human trials

Seven years on, researchers say strong preclinical results persist, but lack of funding continues to hold back critical next-stage testing

Be decisive, take action on president Karim, Malaysian Athletics told

Former leading sports figures warn of consequences, including sanctions on Malaysia

◉ Related