◉ HEADLINES

Tiada hukuman bagi murid tidak pakai lencana Jalur Gemilang: KPM

Lencana Jalur Gemilang itu akan diedarkan secara terus kepada murid secara berperingkat

6:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang hukuman dikenakan ke atas murid yang tidak memakai lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

Menurut senarai soalan lazim (FAQ) yang diterbitkan KPM, inisiatif itu yang akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 21 April depan bertujuan memupuk semangat patriotisme serta cintakan negara.

KPM menjelaskan langkah itu juga bagi meningkatkan rasa bangga dan hormat kepada negara selain meningkatkan disiplin murid.

“Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/2025 dikeluarkan bertujuan untuk memastikan pelaksanaan inisiatif ini adalah mengikut prosedur dan garis panduan,” menurut FAQ itu.

Menurut dokumen itu, KPM juga akan membekalkan dua unit lencana Jalur Gemilang secara percuma bagi semua murid untuk sesi persekolahan 2025/2026 dan akan diedarkan terus kepada murid di sekolah secara berperingkat.

FAQ itu menyebut lencana Jalur Gemilang yang akan dibekalkan kepada murid berbentuk pin lencana dan mudah disematkan di atas semua jenis seragam murid.

“Maklumat lanjut spesikasi lencana boleh didapati dalam Garis Panduan Pemakaian Lencana Jalur Gemilang pada Pakaian Seragam Murid di Institusi Pendidikan bawah KPM yang disertakan bersama-sama Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/2025,” menurut FAQ itu.

Semalam, KPM mengumumkan pelaksanaan inisiatif itu juga melibatkan sekolah bantuan kerajaan, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia dengan tujuan menyemai semangat patriotisme dalam kalangan murid dan pendidik. – 28 Mac, 2025

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related