◉ HEADLINES

‘Saya jual belon, saya tidak jual dadah’: Abang belon

Abang belon atau nama sebenarnya Muhammad Zaimuddin Azlan membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi hari ini

2:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Abang belon atau nama sebenarnya Muhammad Zaimuddin Azlan, 28, mempersoalkan adakah dia tidak berhak mencari rezeki yang halal semata-mata kerana mempunyai rekod lampau.

Menurut Zaimuddin, meskipun dia mempunyai rekod lampau namun ia bukan lesen kepada penguat kuasa untuk bertindak sedemikian.

Tambahnya, dia mahu berubah justeru nekad untuk melawan kezaliman tersebut.

“Adakah kerana saya pernah mempunyai kes maka saya tidak boleh cari kerja halal?

“Pada 28 Mac lalu di Sogo, saya hanya jual belon, saya tidak jual dadah,’’ katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.

Dia turut ditemani ibu, bapanya bersama peguam Rafique Rashid serta pengamal perubatan, Dr Mohd Hafidz Rizal.

Zaimuddin bagaimanapun enggan mengulas mengenai kes lampau berkenaan sebaliknya menyerahkan kepada peguamnya.

Media sebelum ini melaporkan Zaimuddin mempunyai 13 rekod lampau dengan kebanyakannya berkaitan kesalahan dadah dan pernah didakwa atas enam daripada kes tersebut.

Sebelum ini tular di media sosial video yang memaparkan kekecohan di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) melibatkan Zaimuddin dan penguatkuasa DBKL.

Berdasarkan dua rakaman video tular berdurasi lebih tiga minit itu, berlaku aksi tolak menolak antara pegawai penguat kuasa DBKL dan sekumpulan peniaga yang cuba mempertahankan barangan jualan mereka.

DBKL menerusi satu kenyataan memberitahu peniaga belon itu sudah diberi teguran kali ketiga untuk beredar sebelum bertindak agresif dan menolak anggota penguat kuasa DBKL. Berikutan itu DBKL telah membuat laporan polis.

Dalam pada itu, Zaimuddin berkata dia bekerja sepenuh masa sebagai kedi di kelab golf dan menjual belon sebagai menambah pendapatan bagi menyambut Hari Raya.

“Saya hendak berubah. Bukan mudah jadi orang miskin dan susah. Saya akan lawan sebab perkara ini zalim.

“Kalau saya miskin, susah ada kes lampau adakah DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) boleh layan saya macam sampah?

“Saya hanya mencari sesuap nasi bagi diri saya dan keluarga saya. Kami pun hendak berhari raya macam orang lain,” katanya. – 6 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

Jakim, Islamic affairs get RM2 bil under Budget 2025

This includes maintenance for educational infrastructure under dept, increased Kafa teacher quota, rehabilitation for GISB kids

◉ Related