◉ HEADLINES

Asyraf Wajdi arah pegawai siasat segera dakwaan kes buli di MRSM, Pulau Pinang

Pengerusi Mara berkata, tindakan tegas akan diambil jika terbukti pelajar yang terlibat dalam kes buli itu adalah pelajar MRSM

2:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengerusi Mara, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki telah mengarahkan pegawainya menyiasat dakwaan kes buli yang dikatakan berlaku di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Pulau Pinang.

Menurut Asyraf, tindakan tegas akan diambil jika terbukti pelajar yang terlibat dalam kes buli itu adalah pelajar MRSM.

Jelasnya, tiada tempat untuk pembuli atau cuba membudayakan buli dalam apa jua bentuk di MRSM.

“Saya sudah minta pegawai saya siasat segera jika benar peristiwa ini berlaku di MRSM. Jika benar pelajar-pelajar ini adalah pelajar MRSM, tiada kompromi lagi, tindakan tegas pasti akan diambil.

“Saya sudah mengingatkan banyak kali semenjak diberikan amanah menjaga Mara, “you touch you go!’’ katanya menerusi kenyataan di Facebooknya hari ini.

Terdahulu tular di media sosial memaparkan sekumpulan pelajar lelaki menghempap kepala dan badan seorang pelajar lain dalam keadaan tertiarap di atas katil.

Rakaman video berdurasi 1.31 minit itu turut menunjukkan remaja itu dipukul dengan tali pinggang di bahagian punggung.

Bagaimanapun tidak diketahui sama ada ia adalah gurauan atau perbuatan buli.

Sementara itu, menerusi media sosial, kebanyakan netizen meluahkan kebimbangan berhubung kejadian itu dan bagaimana budaya buli berlaku dalam kalangan pelajar yang menetap di asrama.

Tindakan tegas, kata mereka perlu diambil segera bagi memastikan perbuatan buli dihentikan serta-merta. – 7 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related