◉ HEADLINES

Setiausaha Umno Tapah, Yusri Bakir diumum calon BN pada PRK Ayer Kuning

SPR menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning, Perak pada 26 April ini

5:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Setiausaha Umno Bahagian Tapah, Dr Yusri Bakir, 54, diumum sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Pengumuman calon BN itu dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad yang juga pengerusi BN Perak. Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning, Perak pada 26 April ini.

Mohamad Yusri, yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (Pendidikan Islam) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), kini berkhidmat sebagai pensyarah dan Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

Dalam ucapan ringkasnya, Mohamad Yusri merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh kepimpinan BN dan UMNO yang memberi kepercayaan kepadanya untuk mewakili BN pada PRK itu.

“Insya-Allah, kerjasama dan komitmen daripada kita semua, kita akan mampu membawa kejayaan yang besar kepada DUN Ayer Kuning ini dengan meneruskan perancangan dan apa yang telah dibuat Allahyarham Ishsam Shahruddin,” katanya.

PRK itu diadakan bagi mengisi kekosongan DUN Ayer Kuning berikutan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin, 59, akibat serangan jantung pada 22 Februari lalu selepas rebah dalam perlawanan bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Allahyarham Ishsam yang juga Ketua Umno bahagian Tapah sejak 2018 menang DUN kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November 2022 dengan majoriti 2,213 undi.

Kerusi DUN Ayer Kuning telah menjadi kubu kukuh BN sejak lapan penggal lalu.

Daftar pemilih pilihan raya bagi PRK DUN Ayer Kuning mengandungi 31,897 pemilih. – 7 April, 2025


Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related